Buat yang nak bercuti tapi tak mahu jauh-jauh, kolin nak cadangkan Espira Kinrara, Puchong. Bersebelahan dengan padang golf tu. Nak ke sana pakai waze sahaja dan parking kereta banyak, jangan risau.
Cantik sangat tempat ini, sesuai untuk sekeluarga.
Kolin pergi untuk berbengkel satu malam. Tapi rasanya kena berkongsi dengan korang semua sebab tempat ini cantik sangat!
Kebetulan kolin dapat bilik yang berdekatan dengan pool. Jom kolin review bilik hotel di Espira Kinrara, Puchong.
Ada cermin besar juga kat sebelah tv. Plug banyak so tak berebut nak caj phone kalau kita check in dengan anak-anak.
Ada juga kettle dan keperluan kalau nak buat air panas. Ada sejadah dan seterika. Macam kolin datang berkursus senang dah. Boleh gosok baju.
Cuma sinki nya ada di luar. So bukan dalam bilik air. Bilik airnya sempit dan asing tempat mandi dan juga tandas. Agak sempit, tapi nak mandi atau nak memerut tak perlu berebut bilik air lah.
Kalau kolam orang dewasa sepanjang ruang bilik itu.
Kolam untuk anak-anak pun best juga. Itu antara plus point yang seronok kalau bercuti kat sini. Ada taman permainan dalam kolam renang. Seronok kan.
Kolin rasa hotel ini antara penginapan yang sangat selesa. Nak booking boleh try Agoda, mungkin ada offer murah kan. Kalau walk ini selalu mahal sini.
Jom plan cuti sekolah ke sini. Murah tak banyak tol dan kos minyak. Boleh mandi pool dewasa dan kanak-kanak. Seronok tau.
Terima kasih baca post ini. Jangan lupa try staycation di ESPIRA KINRARA, PUCHONG ok
cantik cantik gambar...secantik orang dalam gambar tu
ReplyDelete