Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CRYSTAL CROWN HOTEL, PETALING JAYA

Buat yang mencari tempat penginapan di Petaling Jaya, boleh lah cuba menginap di CRYSTAL CROWN HOTEL, PETALING JAYA yang terletak di Jalan Utara. Hotel ini dah lama sebenarnya. Beberapa kali kolin ke sini. Tapi saja berkongsi kali ini selepas PKP semua kan.

Boleh waze kalau nak ke sini dan parking guna touch n go. Nanti sebelum keluar bagi kad korang untuk keluar dari parking. So nanti tiada caj dikenakan. 


Bilik agak besar. Tak sempit, sesuai kalau menginap sekeluarga. 

Kolin menginap di tingkat 8 hotel ini dan inilah pemandangan sekitar kawasan petaling jaya. 


Tiada apa yang menarik lokasi hotel ini, tapi kalau korang ke sini untuk hadir kenduri atau business trip boleh lah menginap. Sebab harga yang ditawarkan agak berbaloi. 

Ada meja yang selesa untuk korang buat kerja juga.

Kerusi dan meja santai juga disediakan. Oh lupa nak bagitahu, di hotel ini ada smoking floor dan non smoking floor. Untuk itu, korang kena pilih sebelum menempah okay.

Segala peralatan untuk buat air panas disediakan. Tapi kalau nak mengosok baju, kena call housekeeping untuk minta. Nanti mereka akan hantar, sama juga kalau perlukan berus gigi atau pencukur. Kena minta, ada nota yang kita boleh minta, jangan risau, FREE



Segalanya bersih dan sangat puas hati bila menginap 2 hari 1 malam kat CRYSTAL CROWN HOTEL, PETALING JAYA. Harap korang suka dengan review kolin ini. Terima kasih baca blog kolin..babai

1 comment:

loving me..loving you