Lama betul tak ke Cameron Highland. Hari itu kolin sekeluarga memang tak plan nak ke sana, punca nak cari durian, tapi tak semena-mena sampai ke Cameron Highland. Tiba pun dah 6.30 petang, mencari penginapan satu hal juga. Akhirnya buka Agoda ada jumpa penginapan bajet untuk kami sekeluarga.
Menginap di Bed Station Guest, Marigold Square di Tanah Rata selesa juga. Disebabkan saat akhir, kolin menempah menerusi Agoda. Katil ada 2 katil double decker untuk 4 orang. Bilik air berkongsi lah. Dalam RM139.45 sahaja untuk satu malam.
Di dalam tempat yang sama ada banyak kedai makan. Ada Watson, 7 eleven dan juga kedai Korea CU. So senang aje nak mencari makan. Nak jalan kaki ke Tanah Rata pun dekat aje sebenarnya. Parking macam biasa lah, parking rumah kedai kan. Selain itu selesa untuk kami sekeluarga.
gambar dari AGODA
Inilah ruang bilik kami untuk 1 malam. Ada ruang kongsi untuk tengok TV dan bilik air ada 3 berkongsi. Pengalaman kolin pertama kali, okay saja. Selesa dan disebabkan kebanyakkan yang menginap melayu, jadinya tak lah bising atau ada yang pelik-pelik.
Hari kedua, pagi-pagi dah sarapan. Senang aje, sebab deretan kedai tu ada kedai makanan siam/kelantan. Sedap menu nasi lemak kat sini, tapi lupa la kolin nama kedainya.
Selesai makan baru perasan tayar kereta pancit, tukar tayar spare dan ke Kg. Sedia dulu untuk jalan-jalan.
kat bed station ada frame ni. comey kan Tun |
Nak makan macam ini boleh lah ke mana-mana cafe dalam kampung sedia. Orang melayu yang sediakan, tak silap kolin ni nama dia Mama Cafe. Makan waffle tu dan scones tu bil dalam RM50 lebih kurang.
Dah selesai beli belah kat Kampung Sedia tu, kami plan nak ke Kea Farm. Tapi jalan jenuh sesak nak naik ke atas, nasib baik sekarang Brinchang sebelum naik ke atas ada bulatan untuk kami berpatah balik. Dan akhirnya kami ke MARDI di Tanah Rata. Tiket RM2 dan boleh lah jalan-jalan dalam tu.
Lama tak ada family potrait. Tahu-tahu anak pun semua dah meninggi dan membesar.
Di MARDI ni kalau kaki bergambar atau OOTD memang best lah. Kolin ni siap bawak tripod hahahah. Sebab kekadang suami dan anak-anak malas melayan kolin kaki posing ini.
Dah siap berposing, kami pun cari lah makan tengahari. Pergi kat food court Tanah Rata bertentangan dengan Maybank tu. Alahai...sekali dia caj kami mahal giler, menyesal makan situ lah. Baik makan restoran elok-elok. Ni kunun makan nasi campur lah kunun. Orang pun tak ramai, lauk banyak lagi. Duk support lah, akhirnya bil yang dikenakan kepada kami 4 orang makan nasi lauk campur hampir cecah RM100 tau. Menyesal!
Nak ubat jiwa kami borong durian 16 kilo!! hahaha Murrr..kakak tu jual durian kampung tau.
Borong 16 kilo durian, petai 20 papan dan strawberry buat bekalan kami pulang semula ke rumah. Sebenarnya kalau percutian ni kita plan pun best, tak plan pun best.
Cuma kami memang sehelai sepinggang hahaha. Tak apa lah sesekali unplanned trip kan..
Terima kasih baca blog kolin..
Happy New Year 2023 korang!!!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you