Selamat datang ke Alor Setar!!
Tak ingat berapa kali kolin ke sini. Tapi kali ini untuk urusan kerja. Jom kolin kongsikan bilik penginapan di Grand Alora, Alor Setar.
Hotel ini tidak terlalu tinggi, tapi lokasinya kolin suka. Mesra keluarga tau. Tempat makan senang, sebelah ada kedai emas yang popular. Kalau ada bonus, mesti kolin dah menjala satu dua hahaha.
Kolin menginap di tingkat 10 hotel ini. Inilah bilik penginapan berkongsi 2 orang.
View dari bilik kolin ialah tempat shopping LOTUS. So kalau korang ada tertinggal barang atau apa-apa shopping aje kat situ. Lintas jalan jer.
ada meja untuk korang buat kerja kat sini.
Seterika baju pun disediakan termasuk peti besi. Setakat ini kolin suka dengan bilik yang disediakan.
Cuma lampu terlalu malap, sesuai untuk orang berbulan madu. Puas buka langsir sebab lampu malap betul. Selain itu semua okay.
Untuk menu sarapan, makan tengahari dan makan malam semua sederhana. Tiada apa yang boleh kolin kata "sedap sangat".
Hotel yang sederhana untuk korang cuba. Terima kasih baca blog kolin, GRAND ALORA, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
jarang jumpa hotel katil oren..selalu warna putih, krim, coklat
ReplyDelete