Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

RUANG TAMU TAMPIL BERSERI DENGAN SOFA BARU DARI ZINUS

Kalau korang nak tahu, sofa kat rumah kolin dah hampir 10 tahun tak berganti. Disebabkan itu kolin hunting mencari sofa baru. Tapi rumah kolin sempit dan tak berminat nak cari 3+2+1 yang selalu tu. Nak cari satu sofa yang besar dan premium untuk ruang tamu kolin yang comel. 

 

Disebabkan ramai kawan-kawan share pasal ZINUS, terus buka website mereka https://zinus.com.my/ dan kolin tengok koleksi mereka.

Jenama ZINUS ini dah terkenal satu dunia tau.

Tapi tak puas hati kan! Akhirnya kolin terus ke showroom mereka. 

Zinus Malaysia Sdn Bhd
1-1, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
+603-8082 3359 (Office) ;
+6011-3129 9882 (Customer Service)
Wesbsite: www.zinus.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ZinusMY/
Instagram: http://www.instagram.com/zinusMY/
Showroom Hours:
10 pagi dari 8 malam (Isnin hingga Jumaat)
12 tengahari dari 8 malam
(Sabtu/Ahad/Cuti Umum)

Rupanya mereka ada tawarkan 2 seater atau 3 seater untuk dipilih. Buat kolin yang ada 4 orang dalam rumah, memang sesuai 3 seater lah. Ada 3 pilihan tau.



Dan untuk video kolin ke showroom Zinus Malaysia boleh klik sini
https://vt.tiktok.com/ZS8hu5Lxo/

Dan selepas berbincang dengan suami dan anak-anak, kami memilih RICARDO DESIGNER untuk dibawa pulang. Tapi bukan lah bawa terus, pergi showroom untuk tengok kualiti dan kolin order melalui laman web ZINUS MALAYSIA. Penghantaran adalah PERCUMA dan waranti ada setahun. Paling penting ianya konsep DIY. 

Kalau nak beli yang dah siap tu, takut tak muat masuk lif, lalu koridor dan pintu rumah kolin yang comel tu. Jadinya bila dia datang dalam kotak macam ni, happy!



Dihantar mengunakan courier dan dalam masa 3 ke 4 hari dah sampai ke rumah. Semua compact dalam kotak! Macam tak percaya kan! Pemasangan DIY siap bagi cara pasang, jangan risau.


Pembungkusan dia memang premium. Siap bubble wrap, siap plastik dan tak perlu risau damage pun. So jom kita unboxing sofa baru dari ZINUS. Tengok video sini okay
https://vt.tiktok.com/ZS8huM3Mk/



Paling bagus, masa nak pasang sofa ini tiada peralatan atau tools tau. Semua macam pusing-pusing dah slot terus sahaja. 

ni lah kaki sofa. Nak pasang pun tak perlu skru ke apa pun. Masukkan di ruangan dia dan pusing untuk diketatkan. Mudah sungguh!
Selepas itu rapatkan kiri dan kanan sofa tu dan akhirnya bahagian belakang sofa.

Akhirnya siap sudah sofa diy dari ZINUS. Memang lawa, memang berseri terus ruang tamu rumah kolin. 


Happy sangat bila dah siap pasang. Masa yang kami ambil pun dalam 30 minit sahaja. Berbaloi sangat dan paling penting ianya konsep yang menepati pilihan kolin iaitu DIY konsep. 

Korang yang nak beli sila ke website www.zinus.com.my dan jangan lepaskan peluang sebab ada diskaun bersempena CNY yang akan datang. Malah buat pembeli pertama kali pun ada diskaun. Bayangkan dah lah harga baloi tambah diskaun pulakkkkkkk...

Jom sama-sama serikan ruang tamu di tahun 2023. Mood tahun baru!

RUANG TAMU TAMPIL BERSERI DENGAN SOFA BARU DARI ZINUS

 

1 comment:

  1. menarik...sofa kat rumah ni dah koyak rabak dah...maklumlah anak ramai

    ReplyDelete

loving me..loving you