Assalammualaikum korang semua. Dah hujung tahun dah pasti banyak yang mengira simpanan yang tersorok kan. Selalu gagal nak konsisten dalam menabung. So tahun 2022 kolin cuba menabung RM1 sehari.
Akui memang sukar konsisten tapi dengan niat yang betul semuanya okay aje. Akhirnya dah nak habis bulan Disember 2022, berjaya kolin kumpul RM365.00
Untuk orang lain mungkin sikit jumlah nya. Tapi untuk kolin yang berjaya mengumpul duit sebanyak itu satu kejayaan tau!
Semoga memberi semangat kepada korang yang kata susah nak menyimpan tu. Kalau RM50 sebulan terasa sukar, korang cuba macam kolin buat okay. RM1 sehari masukkan dalam sampul yang dilabel mengikut bulan macam kolin buat ni.
Mengunakan sampul terpakai, kolin tulis bulan dan tarikh. So bila 1 haribulan dah masukkan RM1, kolin tandakan terus.
Kalau malas, korang buka sampul contoh November 2020, masuk terus RM30 sekaligus. Mana-mana pun boleh asalkan RM1 sehari selama 365 hari.
Tahun 2023 kolin akan teruskan tabung singgit sehari ini. Dan ada satu lagi tabung RM5 yang belum di kira lagi. Insha Allah nanti kolin share juga okay. Cuma RM5 tu kolin tak konsisten. Ikutkan seminggu 3x RM5 kena masuk. Tapi biasa lah..leka kan. Kalau konsisten tu seronok tengok duit simpanan bercambah-cambah.
Doakan kolin lebih rajin menabung tahun depan okay. Tips menyimpan duit RM1 sehari. Terima kasih baca blog kolin tau. Sayam korang
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you