Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KL BEAUTY WEEK 2022 DI MIDVALLEY MEGAMALL KUALA LUMPUR

Terus terang kolin katakan beruntung gila bila dapat jemputan ke KUALA LUMPUR BEAUTY WEEK (KLBW) pada 5 & 6 November 2022 yang berlangsung di Mid Valley Convention Centre, Hall 3. bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam ini ada pelbagai brand atau jenama termasuk antarabangsa untuk kita beauty lovers!


Event 2 hari tu memang kolin dapat tengok dan test banyak produk tau. Dari skincare, body care dan juga make up. dan paling best, pelbagai free gift tau. Pelancaran di adakan dengan penuh meriah dengan tema pink dan floral.
 
 
Korang boleh singgah semua booth dalam tu dan ikut laman sosial mereka dan sample diberikan percuma. Malahan kalau korang nak try produk pun boleh. 
 

Selain itu, shopping pun boleh sis. Memang semua ada offer, semua ada diskaun dan semua barang kat situ memang ada tawaran menarik. 

 




Untuk kaki bergambar macam kolin, memang tak akan melepaskan peluang bergambar di 3 photo booth yang disediakan. Ada contest juga kepada yang bergambar di ketiga-tiga booth instagram tu. 



Antara yang ada sepanjang KL Beauty Week 2022 ialah The Bodyshop, Axis-Y, JDEE SPREE, Wawa Cosmetics, Curlrinting, Zarzou, Grace & Glow dan banyak lagi.

Buat pengetahuan korang, KL Beauty Week Sdn. Bhd. direalisasikan pada 2019. Ianya telah dibangkitkan bersama'beauty community' di mana semua yang suka kecantikan ini bersatu dan sama-sama mempelajari pelbagai ilmu kecantikkan yang baru. 

Untuk korang yang nak tahu lebih mengenai perkara ini boleh ke:

Instagram: @KLBeautyweek

Facebook: KLbeautyweek

Website: www.klbeautyweek.com

 

Terima kasih Paris, kawan kolin yang manis ini sebab minta kolin temankan dia ke KL Beauty Week. Memang seronok sangat dapat pelbagai produk yang bagus-bagus. Antara yang memang kolin terkesima, GOLD MASK for payudara tau. Ada jugaa.....tak sabar nak cuba hahaha. 

Jom sesama cantik korang, kita tambah ilmu juga okay. Tahniah KL BEAUTY WEEK 2022. Semoga terus sukses dan jumpa lagi pada 2023 okay. Insha Allah :)


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you