Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN YEAR END ZAKAT 2022 (YEZ) OLEH PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)

Assalammualaikum semua. Kita dah menghampiri bulan terakhir hujung tahun 2022. Dan buat yang masih tak mengenali Pusat Pungutan Zakat - MAIWP boleh lah ke laman web mereka www.zakat.com.my

Pada hujung minggu yang lalu, pihak PPZ MAIWP telah melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) di AEON AU2, Setiawangsa. 

 


Kolin dan rakan-rakan sempat menyertai pelancaran Kempen YEZ 2022 ini bermula pada 26 November sehingga 31 Disember 2022 bertujuan mengalakkan orang ramai bagi menunaikan rukun Islam iaitu kewajipan berzakat sebelum tahun 2022 berakhir.


Mengangkat tema "MEMBERI TANDA SYUKUR" PPZ MAIWP mengajak seluruh masyarakat Islam bagi menzahirkan rasa syukur dengan  menunaikan zakat untuk membantu kelangsungan hidup Asnaf lebih-lebih lagi di dalam kesukaran ekonomi masa kini. 


PPZ MAIWP selari dengan moto mereka iaitu "MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT" telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayangan khususnya menjelang hujung tahun bagi memberi ruang kepada semua pembayar zakat. Buat pengetahuan korang juga, apabila korang berzakat dengan PPZ MAIWP korang bakal mendapat rebat 100% untuk cukai pendapatan. Resit akan disediakan buat semua pembayar zakat masa isi borang cukai pendapatan tau. 

persembahan dari Lah Ahmad pun ada
 

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN BAYARAN ZAKAT

1. 10 KAUNTER PPZ MAIWP

Disediakan 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember, kaunter akan dibuka 7 hari seminggu bermula jam 8.15pagi hingga 4.45 petang. 

Friday+

Istimewa pada tahun ini, PPZ MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap Jumaat sehingga jam 9.00 malam. 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada hari Jumaat akan  mendapat baucar KFC bernilai RM10

2. PORTAL PPZ-MAIWP & APLIKASI MYZAKAT

Pembayaran zakat secara dalam talian melalui www.zakat.com.my atau aplikasi MyZakat yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple Store. Pembayar juga boleh Kira, Bayar dan Semak rekod bayaran. 

3. EJEN-EJEN KUTIPAN ZAKAT

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ MAIWP iaitu melalui perbankan internet, portal online, e-wallet, kaunter-kaunter bank dan pos. 

4. ZAKAT+ @MYTEMUJANJI

Zakat+ @MyTemujanji beperanan sebagai 'one stop centre' bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanji bagi perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door to Door & Ride2U. Untuk tempahan boleh layari link di portal https://mytemujanji.zakat.com.my/

5. TALIAN ZAKAT 

Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 1 300 88 5757 pembayar juga boleh menunaikan zakat

500 HADIAH MENARIK

Untuk pembayar zakat yang menunaikan zakat sepanjang kempen berlangsung berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk terma dan syarat. 

Sempena Kempen YEZ ini juga, PPZ MAIWP turut mengadakan beberapa program dan pengisian menarik untuk para pembayar zakat antaranya program turun padang, ZakaTalk, CEO Talk, Istimewa 12.12 dan banyak lagi. 

Pada majlis yang kolin hadiri ini penyerahan zakat perniaagaan berjumlah RM532,350.11 daripada

1. Felcra Processing & Engineering Sdn. Bhd. RM375,220.38

2. Koperasi Jaya Murni Wanita Bhd. RM157,129.73


BAKUL REZEKI

Sumbangan berbentuk bakul rezeki yang terdiri daripada barangan makanan kering seperti beras, minyak, manggi dan sebagainya bernilai RM100 dengan nilai keseluruhan sumbangan sebanyak RM10,000 turut diberikan kepada 100 asnaf di Kawasan PPR sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, Tuan Haji Abudl Hakim Amir Osman, program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf di dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam. 

Bersyukur kita masih ada rezeki perkerjaan dalam menghadapi krisis ekonomi masa kini. Kolin harap semua yang baca blog mula ada kesedaran berzakat. Senang aje nak berzakat tau, online banking pun boleh. Yang penting korang berzakat di saluran yang betul dan lebih banyak asnaf yang dapat dibantu. 

Semoga kempen year end zakat 2022 berjalan dengan sukses dengan lebih banyak pembayar zakat tampil menunaikan kewajipan berzakat.



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you