Sebenarnya ini kali pertama kolin masak mee udang tau. Bila tengok resipi yang orang kongsi tak lah susah sangat sebenarnya. Rasanya kalau korang nak cuba masak pun boleh. Kebetulan kolin ada borong udang lipan masa balik kampung hari tu. Nak makan sampai 5 kilo. Itu sebab kolin rebus udang lipan tu dan gunakan air rebusan sebagai kuah. Inilah rupa mee udang versi kolin bila dah dihidangkan
Cara nak masak mee udang ni senang, tapi renyah. Macam-macam kena siapkan dulu. Jom kita buat sesama wei...renyah!! hahaha
1 paket mee kuning - dicelur
sayur sawi secukupnya - dicelur
bawang goreng (kolin buat sendiri. Hiris2 dan campur tepung sikit, goreng dan tapis)
telur rebus (ikut suka)
ubi keledek dan ubi kentang (direbus dan diblender sampai halus)
Untuk kuah:
Korang rebus udang tu dari penuh periuk sampai tinggal separuh. Disebabkan udang lipan kolin banyak, memang sedap la merebus tu.
Cara pertama, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia (ditumbuk halus) sampai naik wangi. Masukkan cili boh secukup rasa. Masukkan air rebusan udang sedikit dan biarkan seketika.
Selepas itu masukkan ubi keledek dan juga kentang yang telah diblender halus. Perlahankan api dan biarkan masak sekata.
Lepas rasa dah sekata, masukkan air rebusan udang tu ikut banyak mana periuk kita dan perasakan dengan garam dan gula. Kolin masukkan juga gula melaka bagi rasa lemak-lemak. Kontrol lah pedas kuah tu sebab cili boh kan. Itu sahaja dah pun siap. Senang aje kan.
Jangan lupa potong cili. Kolin tak makan pedas, so potong cili besar untuk hiasan sampingan sahaja.
Disebabkan ada banyak udang, kolin siap goreng udang lipan garing-garing. Bila makan dengan mee udang tu memang kena lah.
Kalau tak ada udang lipan, boleh aje pakai udang biasa tu. Masak sendiri puas hati bila tengok anak dan suami makan bertambah-tambah.
Jangan lupa cuba resepi mee udang lipan kolin tau. Terima kasih baca blog!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you