Kali terakhir ke Gunung Jerai, 4 tahun lepas. Saja ulang pengalaman kali kedua kali ini.
https://alialisakreatif.blogspot.com/2018/05/travel-gunung-jerai-yan-kedah-destinasi.html
Kali ini, bersempena Cuti Maulidur Rasul baru-baru ini, kolin sekeluarga sempat sekali lagi ke Gunung Jerai. Cuma kali ini melawat kawasan sahaja, bukan lah untuk bermalam.
Ini keluarga sebelah suami kolin. Kakak sulung suami, kak minah bersama anak dan cucu. So kami naik 2 keluarga, 2 kereta.
Untuk naik Gunung ini pastikan kereta korang tip top. Memang naik pacak-pacak, bukit tu tegak, kalah genting highland tu. Kolin yang kereta agak baru, automatik pun semput juga. Dan rata-rata yang naik dan turun semua kereta bau "hangit". Kalau tak mahu drive, van ada disediakan dengan bayaran RM10 ke RM12 untuk seorang tak silap kolin. Ada surau/masjid di kawasan parkir tu, boleh lah tanya-tanya.
Bila sampai kena caj parkir RM4. Dulu masa pergi tak ada pulak caj tu, tapi kurang pasti lah sekarang kan. Dan parkir bawah, jalan kaki naik ke resort. Tak jauh mana, tapi kalau ada anak kecil boleh lah bawa stroller.
Ini antara pesanan yang diberikan. Macam biasa lah, kadang-kadang pengunjung ni perangai.
Pemandangan dari atas GUNUNG JERAI ini memang menakjubkan. Hawa angin dingin bukit pun terasa. Paling best kawasan ini dijaga rapi. Bersih!!
Dan landskap yang menyusun bunga-bunga yang ada memang nampak segar bugar sangat. Cuma ada dah tempat tambahan kat sini iaitu Strawberry Farm. Nak try tanam juga kat sini rupanya.
Tapi kecewa, pokoknya ada, buahnya sikit. Try beli air strawberry ingatkan "real fruit" tapi kena scam ler. Dia bagi dairy strawberry. Ada juga ruang makan disediakan untuk melepak, tapi kolin rasa overpriced. Mahal tak berbaloi...
Kalau nak minum-minum kopi, korang pergi ke The Jerai Hill Resort, ada cafe dan restaurant. Harga tak begitu mahal, malahan Hi Tea dia bawah RM50 tau.
Sempat kolin sekeluarga sambut birthday alisa yang ke 13 tahun kat situ.
Ini tarif/harga baru untuk menginap di sini. Kalau ikutkan inilah harganya:
Superior Room RM298nett
Deluxe Room RM358nett
Premier Room RM388nett
Executive Room RM438nett
Tapi media sosial mereka kurang aktif kalau nak tengok macam mana rupa bentuk bilik. Kolin pernah menginap sekali. Okay aje bilik dia, cukup selesa untuk kami 4 beranak.
Siapa yang plan nak ke Kedah, jangan lupa masukkan tempat ini dalam list korang. Gunung Jerai kena naik sekali untuk seumur hidup. Rugi tak merasa, tempat cantik, pemandangan sayup sawah padi dan kampung persekitaran. Banyak juga tempat-tempat lain korang boleh lawati kalau naik atas tu. Boleh google sendiri nanti. Semoga ada rezeki kami dapat berkumpul lagi macam ini.
Terima kasih baca entri GUNUNG JERAI hari ini. Nanti rajin kolin menaip lagi ye!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you