Tahniah NOIR!!
Pada 28 Julai 2022, Khamis lalu kolin dijemput ke Boathouse, Flamingo Hotel Ampang meraikan pelancaran produk inovasi terbaru dari jenama terkenal tanahair iaitu NOIR.
Buat korang yang sentiasa mengutamakan kecantikan dan keremajaan kulit memang yang ini memenuhi kehendak para wanita di luar sana, patut cuba yang ini.
bersama pengasas NOIR - Madammu dan team
Sebagai salah satu jenama yang dipercayai dan semestinya sedang meningkat naik di Malaysia, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. menghasilkan produk yang bermutu tinggi, premium dan halal serta mampu milik bagi semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES
Inovasi terbaru SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES ternyata mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita di luar sana untuk memiliki kulit ekstra atau lebih cerah dalam masa yang sama ianya membantu meningkatkan keanjalan tubuh badan kita. Lagi pula kalau dah berumur lebih dari 30an kan, penuaan mula dah masa tu. Produk NOIR ini dapat membantu kita untuk mengekalkan keanjalan tau.
Produk minuman kecantikan dan kesihatan ini terbaharu dari NOIR dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada KOLAGEN PEPTIDE, EKSTRAK YIS TORULA dan EKSTRAK PUERARIA LOBATA.
GABUNGAN BAHAN-BAHAN PREMIUM LAIN DALAM SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES BERTINDAK:
1. Kolagen Peptides, Ekstrak Pueraria Lobata & Astaxanthin
-berasaskan ikan dan tumbuhan yang membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan prose penuaan sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah. Ia turut membantu meringkan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semulajadi.
2. Ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vit C) & Camu-camu
-pencerahan 10 kali lebih efektif. Ia sangat membantu untuk memudarkan parut, pigmentasi dan mengatasi masalah kulit tidak sekata. Kandungan sumber vitamic C dan antioksidan juga 60 kali ganda lebih tinggi. Ia berkesan merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen bagi membantu mengurankan garis halus dan kedutan.
Seperti yang kita semua tahu proses penuaan berlaku dengan pantas mengikut peningkatan umur individu. SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES ini inspirasikan bagi memenuhi keperluan wanita di luar sana untuk melambatkan proses tersebut serta tampil tampak muda dan jelita.
Menurut pengasas muda NOIR yang terkenal iaitu Madammu lagi, ianya mampu membantu menjadi kulit lebih cerah seawal 7 hari dan melindungi kulit dari dalam.
Selain itu kadar hidrasi kulit turut mampu ditingkatkan kepada 40%. Kulit lebih anjal dan tona lebih cerah dengan pengambilan secara konsisten mengikut saranan diberikan iaitu 10g sehari atau satu sudu scoop yang diberikan untuk sehari.
TAHNIAH DI ATAS ULANGTAHUN KE 5 NOIR
Buat pengetahuan korang semua, pada hari pelancaran tersebut, NOIR menyambut ulangtahun mereka yang ke 5. Dah lima (5) tahun NOIR berada di pasaran Malaysia dan telah menerima pelbagai anugerah. Antaranya anugerah yang telah diterima ialah:
"Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik" di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019
Nona Top Beauty Entrepreneur 2020
Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam kategori kesihatan & kecantikan
The Brandlaureate - The World's BestBrand e-Branding Awards
Tahniah NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. semoga terus maju dan sukses bersama-sama semua di dalam satu pasukan. Jujur kolin katakan, masa peluang bertemu sendiri Madammu beliau seorang yang sangat merendah diri dan peramah. Kagum tengok kejayaan beliau dan semua usahawan NOIR berjaya pada satu tahap cukup luarbiasa.
Untuk korang boleh cuba produk inovasi NOIR yang telah ada di pasaran dengan membuat pesanan kepada agen-agen sah NOIR
NOIR MEMPERKENALKAN SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES - INOVASI TERBARU DARI NOIR HEALTH & BEAUTY SDN. BHD
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you