Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BERKHEMAH DI PANTAI BAGAN LALANG SEPANG, SELANGOR

Hai korang semua. Pertama kali kolin sekeluarga ke camp site di Bagan Lalang ni. Selalu kena racun tengok posting kat FB tu, tapi kali ni kolin sekeluarga pergi sebab jiran kami nak berkhemah tapi tak ada pengalaman. So kami sekeluarga berbesar hati nak kongsi pengalaman sesama. Lagipun kalau nak beli barang-barang berkhemah kan mahal. So kita guna sama sahaja. No problem sangat lah!

Sampai jam 10.30 pagi, dari Avani kolin ke sebelah kiri. Ikutkan kanan dan kiri ada campsite. Tapi kolin memilih ke sebelah kiri. Bila dah diperhatikan, pantai sebelah kiri lebih landai dan sesuai. Sebelah kanan tu dia menurun sikit. Memang dalam dan agak bahaya tuk anak-anak. Belah kanan banyak restoran dan chalet juga. Ikut korang lah. Tapi yang kolin memilih dari Avani ke sebelah kiri, terusssss sahajaa. Ada kampung orang asli situ..

jangan lupa sunblok dan topi sistur..panas oi

istana sangkut kami untuk 1 malam

Dapat spot yang okay, kami terus kemas-kemas apa yang patut. Kolin prefer khemah 'pop-up' lebih senang. Korang yang suka decathlon atau jenama khemah mahal-mahal tu ikut aje selera masing. Kalau keluarga kolin semua nak senang dan simple sahaja. Dalam masa setengah jam, istana sangkut pun siap. Kalau tengok ramalan cuaca tak ada hujan. 

Pesanan kolin, nak berkhemah tak semesti yang mahal-mahal gajetnya. Ada aje kolin tengok style orang khemah, dia park kereta, buka khemah kecik, keluar kerusi lepak...tak  yah set up bagai-bagai. Ikut memasing, jangan ikut orang okay.

view paling mahal



masak dulu..anak2 lapar nanti

 

Siang tu macam biasa anak-anak mandi laut, main pasir, cari kepah dan kami mengemas kawasan sekitar sapu-sapu tuk buat unggun api. Ada juga antara yang mengutip sampah dan letak di dalam tong yang disediakan. Kolin yang berkhemah pun semua sampah makanan letak dalam plastik dan letak dalam tong. Tapi banyak sangat anjing liar yang suka punggah tong sampah sampai terjatuh golek-golek tong sampah. 


5 khemah wei..termasuk jiran hahaha
 

Malam tu kami BBQ, bakar sate dan makan lah beramai-ramai. 

 


Tapi nasib kami jam 1.00 pagi ribut melanda. Rupanya RIBUT BARAT datang...memang kami bertahan sahaja. Nak kemas balik, kami ramai hampir 20 orang. Arahkan semua masuk khemah bertahan dan zip yang net tu. Baring dan duduk diam-diam, on lampu kalau takut. 

Yang kolin, suami dan jiran kemas-kemas barang apa yang patut dalam angin ribut kuat tu. Selesai semua kemas, masuk khemah doa sahaja lah wei. 

Pertama kali kolin sekeluarga kena berkhemah di tepi pantai. Memang jadi kenangan sangat-sangat. Korang boleh search FB, ramai juga campers kena, PD pun teruk juga ribut.

Alhamdulilah ribut berakhir jam 4.00 pagi dan semua dalam keadaan selamat. Syukur Alhamdulillah

Nak kata serik ke Bagan Lalang tu tidak lah. Kolin suka aje, tapak perkhemahan tu FREE, ada tempat bilik air disediakan pun FREE. Cuma toilet kena bayar 50 sen. Nak mandi lebih privacy pun boleh, bayar sahaja RM1. Boleh ke tandas awam yang disediakan atau korang terus ke surau yang ada balai polis tu. Situ pun ada tandas, cuma bawa duit siap. 

Tapi nak lebih mudah beli portable toilet dan bawa baldi. Gunakan khemah tempat tukar baju sebagai toilet pun boleh. Pagi bangun bersihkan sahaja portable toilet tu. Sesuai untuk yang perempuan dan ada anak kecil. Ala itu lah maksud berkhemah. Kalau korang nak selesa boleh cari tapak perkhemahan yang sediakan tandas 24 jam tau. Macam kolin boleh aje..tak ada masalah sangat di Bagan Lalang. Bawa kain batik kalau nak mandi kat bilik air FREE yang disediakan Majlis Perbandaran Sepang tu. Bawa aje baldi korang, tadah air, senang nak basuh tangan, mandikan anak-anak dan sebagainya. 

Setakat ni campsite yang bajet ialah Bagan Lalang, Sepang. Laut dia ada pasang surut, so itu aje lah yang kurang seronok tuk anak-anak. Lelain memang A+

Siapa yang nak pergi, boleh lah. Jaga diri okay

BERKHEMAH DI PANTAI BAGAN LALANG SEPANG, SELANGOR

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you