Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

URUTAN TRADISIONAL MELAYU DI MANJA SURI HOMESPA, KUALA LUMPUR

Urutan Melayu ~ dah lama kan kita tak dengar. Kolin bab urut-urut ni memang agak cerewet sikit memilih tempat. Dan kali ini memang rezeki kolin dapat satu tempat urutan tradisional melayu yang dikendalikan oleh pemiliknya sendiri iaitu Puan Eisya  yang berusia 40 tahun. Muda lagi, dan mendapat bakat dari nenek dia seorang bidan dulu. Memang kolin suka sebab tak sakit sangat dengan dia ni. Sakit tu tetaplah sebab otot-otot kolin kan dah keras. Tapi tak la sesakit yang pernah kolin cuba berurut dulu-dulu. 

ni lepas urut tau...
 

Teruja tengok wanita muda ini yang masih mengekalkan tradisi urutan melayu bagi membantu para wanita yang mengalami masalah macam kolin. Seminggu demam seram sejuk tau.

 

Korang tahu tak kenapa kolin pergi berurut? Sebab kolin demam seminggu, seram sejuk dan mengigil. Panadol hampir habis 2 papan, rupanya peranakkan kolin jatuh atau setengah orang kata rahim jatuh. Dan kalau korang nak tahu, last day kerja tu jalan memang dah tak larat, rasa macam sakit baru lepas teran beranak. Seret aje kaki balik kerja tau...



 

Tak buang masa kolin terus cari spa yang terdekat. Dan rezeki berjodoh dengan MANJA SURI HOMESPA yang terletak di Jinjang Utara, Kuala Lumpur. 

MANJA SURI HOMESPA

Kalau dah homespa memang kat rumah lah kan. Masa dari luar memang dijaga rapi, dan bila melangkah masuk...wahhhhhh dekorasi menawan hati!!

Semua rapi, bau yang enak dari herba-herba daun yang ada. Manakala tempat urut yang disediakan lawa sangat. Selesa!!

Memang kolin terus jatuh cinta. Dan kalau korang nak tahu harga murah sangat-sangat. 

Urutan Manja Hawa RM120

Masa: 1 jam 30 minit

Urutan seluruh badan termasuk urutan seri wajah dan paling penting SENGKAK RAHIM 

Diberi percuma rendaman kaki dan teh herbal juga. 

Pakej yang murah sangat pada kolin dengan semua servis yang disediakan. Malahan tempat yang cantik dan bersih pun sangat penting kan. 

Selain pakej tu ada lain-lain juga. Mandi bunga, lulur, skrub dan banyak lagi, cuma kolin memang minta urutan tradisional untuk buat badan kolin lebih sihat. 

Usai segala urutan, dia bagi kolin free bertangas pulakkk!! Semoga murah rezeki Puan Eisya. Seronok sangat bersauna dengan bau-bau daun herba dan membuatkan kolin pecah peluh untuk buang toksik-toksik badan. Dah lama betul dah merasa semua ini. 

Dah tu, Puan Eisya hidangkan kita teh herba pula tau. Ada bau daun pandan, daun inai, madu sikit dan rasanya sedap sangat. Memang refreshing lepas urut dan minum herbal tea tu. 

Kolin harap perkongsian kali ini dapat membantu korang yang mencari-cari tempat urut tradisional kat KL ni. Kalau nak minta jaga dalam berpantang pun boleh juga. Call Puan Eisya atau whatsapp dia di talian 019-3153952 

URUTAN TRADISIONAL MELAYU DI MANJA SURI HOMESPA, KUALA LUMPUR

1 comment:

  1. Lama Kak Sue tak berurut, macam best jugak tempat nie..

    ReplyDelete

loving me..loving you