Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KRIM PELINDUNG MATAHARI, PURITY SUN ESSENCE SPF50++ DARI FACE REPUBLIC MALAYSIA

Pemakaian sunblock atau SPF sangat-sangat penting ya korang. Buat yang masih tidak ambil peduli, tolong lah buat research. Kalau tak nak mekap konon-konon tak suka, tapi SPF atau sunblock sila lah pakai wahai kawan-kawan. Baik yang lelaki atau wanita, pengunaan SPF atau sunblock sangatlah penting untuk kulit wajah kita. Benda yang pertama orang tengok adalah muka kan! 

PURITY SUN ESSENCE SPF50++

Kali ini kolin berkesempatan untuk review produk dari Face Republic Malaysia. Krim pelindung matahari Purity Sun Essence yang mempunyai perlindungan sehingga SPF50++ ini sesuai untuk digunakan oleh lelaki mahupun wanita. 

 

Senang menyerap - so jangan risau kalau korang tak suka tekstur yang melekit-lekit tu. Yang ini memang serapan dia power giler

Tak meninggalkan kesan putih-putih kat muka - jadinya kalau sebelum ini pernah terkena ada kesan putih-putih kat muka yang ini memang dijamin tiada. Kolin sendiri pakai seminggu sebelum kolin review. Memang produk ini best. 

Ringan aje kat muka - bila kita pakai dia tak rasa berat. Terasa macam tak pakai pun krim pelindung matahari atau SPF. Pakai sebelum mekap sis, memang bagus sangat. 

Anti air dan anti peluh - buat yang memang nak buat aktiviti air tengah panas atau senang berpeluh jangan lah risau. Coverage dia memang anti air dan peluh. Jadinya duduk lah main air kat tepi laut tu memang coverage dia ada. 

Memutihkan kulit - buat yang selalu duduk bawah panas, ini membantu mencerahkan sedikit kulit korang. Try dulu..pakai dulu krim pelindung matahari setiap hari. Baru tau kenapa kolin sarankan sangat-sangat pemakaian nya.

Memperlahankan penuaan - korang tau kan kalau selalu kena matahari kulit cepat nampak tua. Jadi pakai SPF atau krim pelindung matahari ini memang agen terbaik untuk melambatkan kedut-kedut halus kita. 

Kalau korang nak tengok lebih banyak informasi atau maklumat lanjut boleh lah ke laman rasmi Face Republic Malaysia atau Korea. Banyak juga tips yang mereka kongsikan. 

Untuk kolin sendiri pengunaan krim pelindung matahari memang penting. Hari-hari kolin pakai, walaupun duduk rumah. Lepas solat subuh, pakai dah. Kadang lepas zuhur pun pakai balik. Penting tau, sangat-sangat penting. Petua awet muda pakai lah krim pelindung matahari. 

Buat korang yang ada anak bujang dan anak dara macam kolin pun kena ajar mereka okay. Cuci muka dan SPF kena pakai hari-hari. 

Harapan kolin dengan perkongsian ini lebih ramai yang celik mata mengenai pemakaian SPF ni. Kalau nak guna yang PURITY SUN ESSENCE ini memang lagi lah elok sbb pelindungan sehingga SPF50++ dan banyak sangat kesan yang bagusnya. 


Terima kasih baca entri ini KRIM PELINDUNG MATAHARI, PURITY SUN ESSENCE SPF50++ DARI FACE REPUBLIC MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you