Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TAHNIAH 'MY DENTAL CARE' ATAS PEMBUKAAN CAWANGAN KE 13 DI JALAN MEDAN TUANKU 1, KUALA LUMPUR

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang semua. 

MY DENTAL CARE, cabang perniagaan pergigian di bawah MDC Asia Link Berhad (MALB) telah secara rasminya membuka cawangan ke-13 Klinik Pergigian My Dental Care di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Cawangan ini yang terletak di tengah-tengah bandaraya segi tiga emas Kuala Lumpur ini senang untuk akses. 

Senang betul nak ke klinik ini. Ada kemudahan bas dan LRT yang membuatkan klinik pergigian ini terletak di lokasi yang sangat strategik. Tengah KL tau !


Majlis pelancaran yang di adakan secara gilang-gemilang sabtu lalu, menyaksikan pelbagai masyarakat turut serta meraikan majlis pelancaran ini. Sebab ada pemeriksaan darah dan kencing manis percuma untuk semua juga.

 

Ketua Pegawai Operasi MALB yang juga Pakar Pergigian, Dr. Zeefitri Saniah Bidin berkata, pembukaan cawangan klinik pergigian terbaharu kumpulan itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan My Dental Care sebagai peneraju penyedia perkhidmatan pergigian swasta utama negara. 

Lokasi yang strategik ini memudahkan warga kota, terutamanya mereka yang bekerja di kawasan Maju Junction, Avenue K, Sogo atau berhampiran bagi mendapatkan rawatan pergigian yang terbaik. 


Seiring dengan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Dr. Zeefitri berkata, pelbagai tawaran dan diskaun menarik menanti semua. Antaranya seperti berikut:

1. Pakej implan dengan caj perundingan percuma serta  harga promosi antara RM8,000 sehingga RM9,000 sahaja.

2. Caj perundingan pemeriksaan gigi percuma selama sebulan. 

3. Bagi kanak-kanak ada rawatan 'polishing dan 'tropical fluoride' pada harga RM69, penjimatan sebanyak RM71.

4. Diskaun 10% untuk semua rawatan gigi serta penjimatan RM50 bagi rawatan pergigian kanak-kanak. 

Buat makluman semua, KLINIK PERGIGIAN MY DENTAL CARE, NO. 15 JALAN MEDAN TUANKU 1, MEDAN TUANKU, KUALA LUMPUR di buka dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

ini ruang kanak-kanak, ceria sangat

yang ini untuk orang dewasa
 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr. Aslan Bacho pula menerangkan keseluruhannya, kumpulan ini menyasarkan membuka sebanyak 26 cawangan KLINIK PERGIGIAN MY DENTAL CARE bagi tahun ini. 

Cawangan-cawangan baharu itu bukan sahaja dapat memberikan perkhidmatan pergigian yang lebih efisyen dan mesra pelanggan malah membuka peluang pekerjaan kepada graduan kesihatan tanahair. 

MALB mempunyai komitmen sebagai peneraju perkhidmatan kesihatan patuh syariah di Malaysia dan ianya dapat dicapai melalui pembukaan lebih banyak klinik pergigian di bawah kumpulan yang sama. 

Buat korang yang nak dapatkan rundingan dan pemeriksaan percuma, jangan lupa datang sekarang okay. Promosi sebulan sahaja tau. Boleh hubungi 03-26020122 atau 011-63401221 untuk penempahan slot rawatan atau pertanyaan lanjut. 

 


Tahniah 'My Dental Care' atas pembukaan cawangan ke 13 di Jalan Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you