Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PENGINAPAN SATU MALAM DI CROWN REGENCY SERVICED SUITES, KUALA LUMPUR

Bersempena 31 Ogos 2022 yang lalu, kolin sekeluarga mengambil keputusan untuk menginap satu malam di CROWN REGENCY SERVICED SUITES, KUALA LUMPUR yang terletak di Jalan P. Ramlee.
 
31 Ogos merupakan tarikh kelahiran kolin dan tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke 18 tahun.
 
happy anniversary for both of us

happy birthday to me! thk u suzi..for the cake

Lagi satu, dah lama tak pergi ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan perbarisan kan. Jadinya kami menginap di tengah bandaraya KL. Tapi kisah hampa sebab terlampau padat...
 
Lepas check in, kami jalan kaki ke Pavilion. Lebih kurang 1 kilometer juga lah. Ada jejantas air-cond tu, kalau tak pernah naik boleh lah merasa. Selepas makan, kami pulang ke hotel dan disebabkan kolam renang tutup jam 9.00 malam anak-anak pergi mandi manda dulu.
 
 
Kolam renang yang terletak di aras 3 bangunan ini ada bawah bumbung juga tau. Jadinya anak-anak kalau mandi tengahari tak panas. Satu lagi, kolam nya setakat dada kolin sahaja. Tak dalam pun...
 
Dari kolam renang nampak lah sikit view KLCC. Kalau dari bilik tak nampak dah sebab terhalang dengan bangunan-bangunan lain. 
 
Malam tu kami jalan kaki dalam 500 meter tengok konsert kat KLCC. Malangnya malam tu tiada fireworks kat KL. Kat Dataran Merdeka tiada, kat KLCC pun tak ada. Memang rasa suram aje malam merdeka tau. Tapi jem tetap jemmmmm...sendat..ramai orang betul malam ambang merdeka.

CROWN REGENCY SERVICED SUITES, KL ada 31 tingkat dan ianya berkonsepkan apartment studio, satu bilik, dua bilik atau tiga bilik. 
 
Antara penginapan yang ditawarkan ialah:
 
Premier Junior (standard room)
Premier Suite (studio room)
Regent Suite (1 bedroom)
Princess Junior (1+1 bedroom)
Princess Suite (2 bedroom)
Prince Suite (3 bedroom)
Empress Suite (3 bedroom deluxe)
 
Kalau korang nak tengok perbezaan setiap satu, boleh layari www.crownregency.com.my atau emel ke amy.isa@crown-hotelsresorts.com atau lebih mudah call terus ke talian 03-2162 3888 untuk pertanyaan atau penempahan. 
 
Kolin menginap di Regent Suite, Apartment 1 bilik. Ni antara gambar yang boleh kongsikan kalau korang nak menginap di sini. 
 
almari letak baju dan ada sinki luar toilet

shower pun ada

bathtub ada tau...sila bawak mandian aura seri wajah korang hahah

microwave ada, peti sejuk ada, induction cooker ada..boleh masak!

ruang tv meja dan tv dalam bilik

ruang tamu ada tv juga...anak2 tido sofa aje haha

katil king..muat aje kami berhimpit2 tuk 1 malam...besar bilik ni
 
Parking adalah percuma. Cuma kena hati-hati ruangan parking kereta di bangunan ini agak sempit pada kolin. So hati-hati bab tu ya...
Tiada F&B, so korang boleh masak atau makan sahaja di sekitar. Ada aje mamak kat depan tu. Food truck pun ada, boleh lah makan char kuew teow.



WiFi pun ada kat sini, so kalau bawa anak-anak atau trip bekerja memang sesuai. TV pun banyak aje channel yang boleh korang pilih. Buat yang nak menginap di KL satu malam, dua malam, nak duduk berdekatan KLCC atau nak ke Bukit Bintang makan Kunafa Viral pun boleh. Kat sini kolin rekeman tau.
 
Penginapan satu malam di CROWN REGENCY SUITES, KUALA LUMPUR

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you