Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Berhibur dengan komedi di The Joke Factory

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Well.... Siapa yang tak kenal dengan insan paling lawak di dunia iaitu Harith Iskander. Kolin baru tahu yang dia ada buka cafe dan ada pentas kecil untuk warga komedi dari seluruh dunia untuk mencurahkan bakat mereka di sini. Bukan orang tempatan sahaja yang tampil buat stand up comedy kat sini malah dari Texas, Jepun, Singapura malah dari Poland pun ada. Menarik kannnn... Itu laa korang memula tu kolin rasa macam eh ada ye orang datang. Rupanya penuh.. Full... Ramai yang menyokong bakat komedi baru tau. 




The Joke Factory ini di aras 2 Publika KL. Untuk menonton pentas komedi ini korang perlu membeli tiket masuk RM20. Dan boleh order minuman dan makanan sekali juga. So malam yang kolin pergi tu ada 10 komedian baru dan lama. Dan kredit buat pengacara mereka Brian yang sangat menghiburkan. Cuma nasihat kolin, kalau korang ke sini buka hati luaslah. Kadang ada lawak mereka membahan benda yang korang tak terpikir hahaha. Terpulang penerimaan korang la pada kolin ianya hanya lah satu hiburan sahaja. Malah mereka berlawak tu sebenarnya ada yang betul tau. So ambil itu sekadar hiburan dan masa melepak melepas stress lah. Best dan semua kat sini Bahasa Inggeris atau English hahahaha. So boleh datang dan belajar sesama, tak faham tak apa.. Nanti lelama faham laa weiii.. Belajar aje.. 






Malam tu kolin support kawan Paris, Jan Yuen, yang pada kolin berani giler naik atas pentas buat stand up comedy. Gile berani! Semua persembahan diberikan masa 3 minit. Maknanya semua yang perform malam tu hebat giler. Best! Dan kalau korang nak tengok yang pelakon Phua Chu Kang tu perform pun boleh weii. Follow IG mereka tau, search The Joke Factory tu. Terima kasih for the owesome night Paris! Aku seronokkk




Haaa... Jangan lupa pergi tengok okay. Ambil pengalaman baru tu. Nasib korang baik, boleh jumpa pemiliknya yang sangat merendah diri iaitu Tuan Harith Iskander! 



Babai, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. Pernah pergi sekali...tapi tu la pergi ngan org x mesra kamera kan...sedih...x de gambar kenangan..nanti nak pi lagi la

    ReplyDelete

loving me..loving you