Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kakak tidur dalam khemah! - Berkhemah di Pantai Sri Purnama, Port Dickson

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kalau selama ini kolin asyik lah bercerita pasal menginap dan suka tidur kat hotel, kali ini kolin keluar dari zon selesa. Tetap selesa, cuma kali ini tidur dalam khemah. Ingat tak entri yang kolin pernah kata mencari khemah tu. Haa..akhirnya kolin beli khemah dekat AEON Big sahaja wei. Khemah untuk 6 orang dengan harga RM92.90 tak silap. Dan warna sudah tentu yang orang nampak dari jauh iaitu warna oren. Nak dijadikan cerita, malam tu pergi beli khemah dan esok pergi terus hahaha. Nampak sangat kami memang dah tak sabar untuk pergi berkhemah sekeluarga. 



Pagi tu selepas segalanya siap, kami bertolak ke Port Dickson. Ikutkan kami memang tak tahu langsung mana nak pergi. Kolin terus tuju ke Blue Lagoon. Sebab pernah terbaca dalam blog dan FB perkongsian orang berkhemah disini. Malangnya apabila sampai, memang padat dengan orang ramai. Tanya pakcik yang jaga toilet dia cakap tiada yang bermalam berkhemah di kawasan itu. Kami memang mencari tapak perkhemahan yang mesra untuk keluarga. Inilah tapak perkhemahan Pantai Sri Purnama, Port Dickson tauuu



Maknanya tandas ada 24 jam dan cukup cahaya untuk anak-anak bermain dan menjalankan aktiviti malam. Terus keluar dari situ, kolin on waze terus mencari, ingatkan nak ke Batu 4, Pantai Saujana, tapi masa dalam perjalanan nampak papan tanda Pantai Sri Purnama dan siap ada logo khemah. Okay terus masuukkkkk.... 




Agak sempit jalan nak masuk sebab musim cuti panjang orang main parking sahaja. So kami parking jauh dan terus masuk dalam. Masa tu nampak sign ini, terus tanya kat cafe tu. Oh betul sangkaan kolin, orang yang buka cafe ini yang menjaga tapak perkhemahan di sini. Namanya En. Zaini, peramah, baik dan sangat membantu. Siap kemaskan ruang perkhemahan kami tau. 




Siap pasang khemah, tapi bukan kolin pasang lah. Tapi masa ini suami kita pasang sensorang, kami semua turun mandi laut hahah. Petang tu kolin tak mandi, sebab apa suka kat sini. Sebab toilet dan surau 24 jam okay. Bayar RM6 untuk seorang dan semua fasiliti disediakan percuma. Nak check out pukul berapa pun tak mengapa. Nak tidur 2 ke 3 hari pun boleh, hanya sekali bayar. Untuk kali ni kolin try semalam sahaja, jadi penginapan paling murah kami berempat hanyalah RM24 sahaja wei.

Malam itu kami makan malam yang kolin masak siap dari rumah. Malas nak BBQ dan remeh kerja kan. Jadinya makan siap dan bila masuk maghrib kami buat unggun api lah. Suspek ada nyamuk, tu yang sibuk buat unggun. 








   
Haaa...kita bukan sensorang berkhemah tau. Ramaii sangat suka aktiviti berkhemah bersama keluarga tuuu.

Tapi rezeki kami malam tu tak ada nyamuk langsung!! Seronok malam tu, kami berbual, nyanyi ikut lagu kat utube tu dan anak-anak buat kawan baru masa kat sana. Kalau korang nak tahu, ramai giler anak-anak kecil sekali berkhemah. Kiranya mak ayah dah dedahkan aktiviti ini semasa umur setahun dua lagi. Lepas tu jam hampir jam 10 malam, air laut surut. Kami turun tangkap ketam, bukan nak makan pun, saja tangkap buat suka-suka. Dah penat, balik ke khemah, basuh kaki dan muka semua siap untuk tidur. Jangan risau, pantai di sini landai tak tidak berlumpur. Berpasir sahaja dan air jernih sangat !






Ini lah hasil tangkapan ketam si ali imran. Adalah 7 ekor.

Inilah style kami anak beranak tidur malam tu. Kolin dan Alisa tidur dalam khemah. Tapi suami dan anak bujang si Ali Imran nak tidur luar pulak. Rezeki kami hari tak hujan ooiii. So sampai lah ke pagi tidur kat luar tu..sejuk. Still no nyamuk punnnn




Pagi tu sarapan beli lah, lepas sarapan mandi laut sampai lah jam 12 tengahari. Masa tu hari laut surut dahhhh. Lunch pun beli nasi goreng kampung dibeli siap dari kedai berdekatan. Kami melepak dan tidur lah. 




Asalnya nak balik awal, nak check out, tapi anak-anak nak mandi laut lagi. Lebih kurang jam 4.00 petang air mula pasang, mandi lah laut sehabis-habisnya. Best...tak sangka percutian perkhemahan di port dickson ini best. Best sebab mandi laut weiii






Masuk maghrib kami kemas segala barang dan bawak masuk kereta untuk balik ke rumah. Cuti ada sehari lagi, tapi nak berehat lah kan. Inilah dia pengalaman kolin berkhemah bersama keluarga. Harapan kolin di Malaysia, lebih banyak lagi tapak perkhemahan yang disediakan mesra keluarga. Ada tandas yang dibuka 24 jam misalannya. Tak kisah lah ada sedikit bayaran janji tempat itu selesa dan terang untuk anak-anak. Kita pun rasa selamat. 




Cuma masa kolin kat sini semua barangan berharga tak simpan dalam khemah lah. Bahaya... malang tak berbau kan..

Selain itu kolin paling menyampah orang datang piknik kat sini atau berkhemah pakai pinggan mangkuk pakai buang dan tinggal kat sini. Kotor tau idakk...apa yang korang pakai sila bubuh dalam plastik sampah hitam tu dan bawa ke atas dekat tong sampah tu. Ini tidak semua dilonggok kat situ. Korang tau tak kat situ pun boleh pasang khemah. Cuma korang perlukan lampu yang cukup itu aje lah. Tapi kalau dah sampah berlonggok begitu, tiada kesedaran sivik habislah esok semua busuk dan ada penyakit pulak. 

Masa yang sama kolin nampak sekumpulan anak muda berbangsa cina kutip sampah. Baiknya diaorang tu...dah tangkap gambar posing, terus keluarkan plastik sampah dan kutip segala sampah. Malu tau....yang datang tu...sila ambil perhatian ye. Semua sampah sila kemas okay...jangan longgok begini!!!!!





So korang, mana yang teringin nak tidur khemah macam kami. Dan kali pertama nak cuba, boleh lah ke tapak perkhemahan Pantai Sri Purnama di Port Dickson. Best...tak rugi cuba!!!

Nanti kita pergi berkhemah lagi lepas Ali Imran UPSR ye...

Babai,

Kolin Zainal

7 comments:

  1. Seronoknya..SA x pernah cuba lagi walau dekat jer dari rumah..maknanya kena buat juga nanti ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah memang seronok. ini ingat kolin nak repeat lagi lepas anak exam nanti. Murah dan seronok

      Delete
  2. skali skala tukar angin syok juga ye...pernh la berkhemah tp masa pi panjat bukit apa lupa ms tu ngan geng opis...kalo khemah rmi2 wat bbq seronok juga...ko masak siap2 dr umh senang juga kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak bbq amy..leceh. Masak sesiap aje senang. Bekas semua dah makan aku buang..tak bawak balik. So paling mudah aje..tak mau penat2

      Delete
  3. Macam best la pulak ye tido dalam khemah tepi pantai nie..

    ReplyDelete
  4. dah lama teringin nak khemah tepi pantai mcmni, cuti sek plan nak pergi..

    ReplyDelete

loving me..loving you