Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Debaran UPSR 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Tak lengkap rasanya kalau tak abadikan cerita ini dalam blog. Pengalaman kolin bila anak pertama menduduki peperiksaan UPSR 2018. Bukan anak yang berdebar sahaja korang, mak bapak pun mengeletar. Maklumlah kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak kita semua kan. Kolin merealisasikan kehendak guru tuition English anak yang inginkan sedikit bacaan doa selamat untuk anak-anak didik dia. Itu yang buat majlis sikit kat rumah tu. Ini lah calon UPSR yang kami raikan malam tu.




Baca doa dan sedikit jamuan untuk semua. Hidangan ada juga yang bawa tu, penuh meriah. Syukur segala sukses. Dan tak lupa kolin bercuti untuk menemani calon UPSR ini. Kita kena bagi semangat weii. Dedulu memang parents tak kisah sangat. Tapi kolin ikut cakap kawan-kawan yang suruh teman. Tapi betul wei, anak ko naik yakin nampak muka tu. Semoga ali imran menjawab dengan betul dan sukses. Itu aje kita ni mak bapak nak kan. 



Sesiapa yang nanti bakal lalui situasi yang sama tahun depan. Kolin harap korang pun buat yang sama tau. Teman anak ambil peperiksaan tu. Menda positif kita sebarkan.. Betul tak.



Syukur UPSR 2018 dah tamat, sekarang dia berperang untuk UPSRA pulakk oii. Doakan anak kolin ya. 



Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you