Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

DMR anjurkan projek CSR kali ke- 3 #darihati123mamanet 2.0

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua !!

Apa khabar semua, kolin harap semua sihat lah ye. Sekali lagi ucapan tahniah buat www.123mamanet.com yang telah berjaya menganjurkan projek CSR mereka kali ketiga yang telah berlangsung pada 13 September 2018 yang lalu di Kidzania Kuala Lumpur.  Program Corporate Social Responsibility (CSR ) ini adalah kerjasama di antara  Dea Marissa Resources (DMR) bersekali dengan KIDZANIA KUALA LUMPUR dan jua McDonald's Malaysia. 





Akan tetapi istimewanya kali ini untuk projek #darihati123mamanet ini mereka menjemput anak-anak syurga dari Rumah Bakti Nur Syaheera yang terletak di No. 23, Jalan Jaya Baru 3, Taman Jaya Baru, Cheras 56000 Kuala Lumpur. Dapatlah anak-anak bermain kan. Berikan sedikit kegembiraan bermain sambil belajar untuk anak-anak ini yang telah kehilangan insan yang disayangi. Rumah Bakti Nur Syaheera mempunyai anak-anak yatim, yatim piatu dan juga anak-anak asnaf terbiar semenjak tahun 2009. Kolin puji sangat pusat begini, mulia sungguh membela nasib anak-anak yang kurang bernasib baik ini kan. Dan lebih bagus adanya projek CSR seperti ini yang memberikan ruang dan peluang untuk mereka merasai pengalaman sama dengan kanak-kanak yang lain mempunyai ayah dan ibu. Sebak pula rasa kann...





Apa yang membuat pemilik projek #darihati123mamanet ini untuk meneruskan projek ini ialah memupuk semangat bertimbang rasa dari warga pembaca blog, warga Shah Alam atau sesiapa sahaja yang mahu membantu membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik ini. 

Aktiviti yang telah pun berlangsung hampir 5 jam pada hari tersebut di KIDZANIA memberikan pengalaman berharga buat mereka. Iyelah nak masuk kan mahal, nasib ada projek CSR begini. Kolin rasalah kan, kalau lah lebih banyak yang membuat amal begini, sudah tentunya anak-anak ini tidak terasa keseorangan. 

Kalau dah penat bermain, sudah tentu lapar kan. Itu lah dia McDonald's Malaysia memainkan peranan. Terima kasih mekdi!!! Jutaan penghargaan bila mereka sanggup menaja makan di sini. Terserlah kegembiraan anak-anak tau dapat makan mekdi. 






Besar harapan kolin, akan datang kalau ada yang sudi menaja lagi projek seperti ini. Projek yang memberikan sesuatu buat mereka yang memerlukan. Semoga McDonalds's Malaysia dan Kidzania Kuala Lumpur dimurahkan rezeki berlipat ganda. 

Buat korang yang nak bersama-sama dengan projek CSR #darihati123mamanet boleh lah terus emel admin di mydeamarissa@gmail.com untuk pertanyaan lanjut. 




Jadi yang nak membantu tu, marilah bersama-sama okay. Jom kita ubah diri kita kepada yang lebih prihatin dan membantu. Semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat ganjaran dari yang Maha Esa. Terima kasih 123mamanet yang sudi jemput kolin menjadi sebahagian projek ini. Alhamdulillah, syukur !!!





Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you