Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Borong bunga segar di Petaling Street

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa kalau tak suka dapat sejambak bunga kan! lagi pulak yang tersayang hantar terus ke tempat kerja, haaa..masa tu rasa terharu nak menangis kan. Itulah dia bestnya dan kuasa bunga. Buat korang yang rasa bunga tu mahal..halooo tak mahal pun lah. Jangan risau, kali ini kolin nak berkongsi dengan korang kat mana tempat borong bunga yang terletak berdekatan dengan Petaling Street, Kuala Lumpur. Kalau dari Central Market tu jalan kaki ajer, yang penting korang kena yakin lah. Tahu ada yang ngeri nak ke kawasan tu sebab banyak warga asing kan. Tapi jangan risau, Malaysia Kita Punya tau. So jom pergi Petaling Street. 






Inilah dia kedai yang sememangnya menjadi syurga untuk pengemar bunga macam kolin. Kalau duduk kat sini memang boleh khayal tak tahu nak ambil mana satu. Tapi kolin senang aje, suka casablanca dan ros. Tapi kalau dapat Casablanca yang wangi tu dah cukup membahagiakan. Satu tu dalam RM23.00 tak silap kolin, so sesiapa yang nak hadiahkan kolin, sila cari bunga tu tau.





Ada juga bunga lelain yang korang boleh tengok kat sini. Kalau ada  majlis atau apa sahaja acara datang sini dan cubalah gubah sendiri. Terus terang kolin kahwin dulu semua bunga hidup, lebih murah, lebih jimat dan lebih cantik tau. Kalau bunga palsu nak simpan mana pun tak tahu lepas majlis kan. Jadinya datang sini dan beli lah bunga apa sahaja. 


Kalau nak siap gubah pun boleh dapat dalam RM40 ke RM50 sahaja. Senang aje nak gembirakan orang tersayang kan! Cari sahaja WENG HOA FLOWER BOUTIQUE SDN. BHD. di Petaling Street. Beli banyak-banyak tau.. Terapi! 

Kenapa kolin ke sini sebab kolin dapat tempahan buat bakul untuk VVIP iaitu YAB MB SELANGOR tau. Thk u laa yang sudi bagi kita job ni. Syukur .. Siap bakul penuh buah dan bunga niii




Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. Tq for sharing Kolin.. murah kan. Nanti nak bagi tau kedai nie kat Abang Man. Kut beliau pi delivery order ke buleh singgah beli untuk akak kan.. kan.. Sayang menyanyang sampai esok akak bagi.. hahaha..

    ReplyDelete

loving me..loving you