assalammualaikum dan holla semua
Buat yang tak pernah sampai atau tidak tahu yang di Petaling Jaya, Selangor ada hotel yang bakal memberikan kenangan manis, rugi! Petaling Jaya adalah tempat kolin membesar sebenarnya, sekolah pun kat pj jugak. Dalam diam hotel yang dah 4 tahun beroperasi ini memberikan satu pengalaman yang manis. Teletak di Seksyen 13, kawasan yang sedang pesat membangun ini dekat dengan pusat membeli belah Digital Mall. Kalau korang nak ke Sunway Pyramid, Paradigm Mall, IKEA atau mall yang sekitar pj tu memang tak jauh. Lagi best lokasi hotel ini berdekatan dengan pusat penjaja durian di SS2. Hanya 3 kilometer ajer tau, kalau korang teringin makan durian memalam tu, nak senang naik sahaja grab. Menawarkan sebanyak 344 bilik untuk tetamu dan siap dewan untuk bermesyuarat membuatkan ramai pihak koporat datang bermesyuarat di sini tau. Kalau korang nak buat majlis kat sini pun boleh juga tau, manalah tau nak sambut birthday ke apa kan. Ini serba sedikit yang kolin nak cerita pasal hotel ini. tak sabar nak berkongsi dengan korang bilik penginapan kolin untuk satu malam. Walau satu malam, penuh aktiviti, tapi kita cerita bab bilik dulu
lupa nak bagitau, bahagian bawah hotel ada shopping mall, ada kedai serbaneka, salon, money changer dan pelbagai lagi, tapi bukanlah bawah pengurusan hotel tau. Dan kalau datang nak check in, korang terus parking kat basement atau B1, tekan lif ke tingkat 6 untuk ke lobi hotel. Jangan terkejut nanti pergi cari hotel kat level G pula, naik tingkat 6 okay. Tak sabar cerita pasal Hotel Best Western, Petaling Jaya dengan korang uii...
Ada 11 tingkat hotel ini, dan kolin menginap di tingkat 11 bilik bernombor 1124. Inilah dia ruang rehat kolin untuk satu malam. Selesa, seksi dan bersih! Paling best lampu terang benderang !
dan paling best korang boleh check in satu malam dengan 'girlfriend' korang untuk bergosip semalaman hahha. Terima kasih Paris ! Nak reunion tak perlu jauh pun. Best Western Hotel PJ pun dah best. Tak payah nak tol dan jem bagai, jem!!
kalau kolin dah kongsi ruangan bilik, tak lengkap la tak tunjuk kamar mandi kan. Siap lengkap dengan water heater, hair dryer, berus gigi dan boleh dikatakan lengkap segalanya. Korang bawa baju aje, cukup dah. Segala ke lengkap and kebersihan diri dah disiapkan. Berus gigi, putik kapas telinga malahan sikat pun ada.
Selesa dengan rekaan moden bilik ini kan. Paling penting hotel ini mementingkan pencahayaan yang terang. Kolin tak suka sangat hotel kalau lampu malap ni. Dan kalau korang menginap kat sini perkhidmatan WiFi adalah percuma. Kalau rasa nak bersantai sambil buat kerja memang sesuai sangat. Mana yang nak mengosok baju tu, boleh la call front office dan minta mereka hantar. Tak tahu nak cakap macam mana, sebab sepanjang penginapan hotel ini lengkap segalanya. Kalau datang nak berehat, bekerja ataupun bercuti korang boleh pertimbangkan hotel ini. Harga yang di tawarkan pun berpatutan tau. Rujuk terus website mereka atau laman media sosial mereka untuk update terbaru okay.
Tak sabar nak menaip next entri dan kongsi dengan korang semua fasiliti yang ada kat sini. Kat sini ada restoran, tempat melepak dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Nanti tunggu entri kedua mengenai HOTEL BEST WESTERN PETALING JAYA tau.
Buat masa sekarang, kolin memang suka tidur hotel !! Hobi tuuuu
Babai,
Kolin Zainal
Memang cantik dan ekslusif bilik hotelnya :D Terbaiklah review dari Kolin!
ReplyDeleteamboi..hobi tido kat hotel..mahal hobi u..haha
ReplyDeleteHebatnya perkongsian di blog ini. Salam kenal ..follow ya
ReplyDeleteUntung la leh check in ngan si Paris..hahaha..sure malam kolin asyik tergelak jer kan...
ReplyDelete