Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Misi Mencari Khemah, Kita nak pergi "Camping" uolss

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haaa..selain hobi kolin tidur dan makan di hotel tu hahaha (penat aku kena hanjeng sepanjang minggu pasal suka makan hotel hahahah) Sekarang kolin dah nak tambah hobi baru iaitu nak pergi camping. Tapi bukan lah camping atau berkhemah macam korang naik bukit atau gunung tu. Kolin nak santai-santai aje, tepi laut, tepi sungai ataupun tepi swimming pool. Pendek kata nak ala glamping tapi Glamping kann mahal benor. Jadinya kita fikir bajet yang ada sempena menyahut seruan kerajaan berjimat cermat. Misi mencari khemah kita ke Decathlon yang terletak di Sri Damansara. 






Khemah yang kolin tengok mestilah yang 4 orang boleh masuk, selesa. Tapi harga kat sini semua almost RM300 tau. Jenis khemah yang senang pasang tu ler..Ala 2 minit siap. Kalau khemah biasa yang dalam lingkungan RM200 lebih jugak. Hurrmmm..maklumlah kami laki bini memang buta pasal berkhemah tau. Itu yang tengok segala khemah aje, nak beli sampai study gila-gila hahahha. Macam-macam khemah kolin masuk dan try tau. Tapi ada satu khemah tu besar sangat, sampai 8 orang boleh masuk. Harganya sampai RM429 tak silap. Aduiii...memang teringin sangat tau. Tapi asyik fikir banyak kali sebab terasa mahal. Ini kalau beli khemah ni, sepanjang tahun depan, bila berjalan tak tidur hotel lah. Kami tidur khemah sahaja hahaha. Kalau nak beli biarlah berbaloi pakai kan. 




Misi mencari khemah masih belum terlaksana guys..masih di persimpangan dilema! Sesiapa ada suggestion nak bagi impian "kakak tidur dalam khemah" terlaksana ...sila kongsi tau..


Salam Jumaat korang

Kolin Zainal

2 comments:

  1. wah.. best tu beli khemah. dulu penah gak teringin nak beli 1. best juga tu sesekali camping ngn family kan

    ReplyDelete
  2. Kolin berkhemah kat PD kan? SA berkelah hari Ahad tu kat Teluk Kemang..esoknya shoot ke Melaka..haha

    ReplyDelete

loving me..loving you