Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Karnival Rempah 2018 di Tamarind Square Cyberjaya bersempena Hari Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua

Bersempena Hari Malaysia 2018 yang bakal disambut pada 16 September nanti, korang semua dijemput meraikan semangat negara di Karnival Rempah 2018. Mesti korang tertanya-tanya apalah Rempah 2018 ini kan. Kat sini bakal ada makanan, muzik, seni dan juga kraftangan. Maknanya satu keluarga boleh datang dan bersuka ria bersama. Ianya anjuran One Nation Fits All (ONFA), ianya adalah 'community platform' yang menyemarakkan lagi semangat kenegaraan di sisi masyarakat. Karnival ini bakal di sokong oleh Big Bad Wolf, BookXcess Sdn. Bhd. Sunway Education Group, Balai Seni Negara, GanForHire, Tujuan Gemilang, Village Grocer dan banyak lagi yang terlibat. 




Pada hari istimewa nanti, dari jam 9.16 pagi sehingga 9.16 malam karnival ini akan membawakan pelbagai segmen untuk semua yang datang. Karnival yang dinamakan REMPAH ini di inspirasikan oleh perkataan rempah ratus yang memberikan keindahan Malaysia. Maklum lah rempah ratus memang selalu digunakan dalam masakan harian kita kan. 

Penglibatan pelbagai pihak pada Karnival kali ini adalah secara percuma. Malah bakat seni tempatan boleh mempamerkan hasil seni dan kraftangan mereka juga. Bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya korang juga boleh mengimbau masa lalu dengan ada nya 'Heritage Street' di mana adanya pameran barangan lama dan antik yang di inspirasikan oleh Sunway Education Group. Sementara itu, Balai Seni Negara juga akan buat pameran, 'A Place Called Home' buat semua. 

Pengunjung di REMPAH 2018 boleh juga sertai dan lihat aktiviti seperti bercerita, flash tattoo, face painting dan pelbagai lagi. Persembahan muzium dan tarian pun ada juga tau. Bagi yang nak aktiviti sihat ada juga Tai Chi, Yoga, Qi Gong dan juga Yoga. Dan yang mana suka makan tu, jangan lah risau sebab pelbagai hidangan yang bakal di jual di sini nanti. Secara keseluruhan ada 60 vendor yang bakal berkumpul di sini termasuklah Coffex Coffee, Chocolate Concierge, Apom, Doof, The Tiffin Company, Batik Boutique dan banyak lagi. Lebih banyak informasi di laman Facebook okay. Jangan lupa search okay. Jangan lupa kita serbu reramai tau. Jangan lupa esok! Selamat Hari Malaysia korang semua. 


Babai

Kolin zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you