Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Hotel Best Western, Petaling Jaya

assalammualaikum dan salam sejahtera korang

ini dah entri ketiga tau kolin bercerita pasal hotel ini. Kalau mana yang terlepas boleh lah rujuk dua link yang ada kat bawah okay.



Baiklahhh...kalau dah cerita pasal bilik penginapan mereka dan jua promosi makan tengahari yang ada. Kali ini kolin nak berkongsi apa yang menarik kalau menginap kat sini. Mesti korang tak sangka mereka ada kolam renang yang sangat cantik. Inilah kolam renang mereka ! Sesejuk mata memandang tau..





Tak dalamlah, dalam 1.2 meter sahaja, sesuai untuk sekeluarga. Paling best, RoofTop ini menawarkan korang pemandangan sekitar Bandaraya Petaling Jaya tau. Disediakan pula ruang-ruang untuk kita bersantai sambil melepak sambil 'membawang' kan. Memang bakal menjadi port kolin melepak lah lepas ini, tempat ni stylo habissss. Kalau nak datang minum kopi pun best ni.





nak bergambar gini pun boleh uolss ..tempat lawa

Tak mahu mandi manda pun tidak mengapa, ada Gymnasium untuk korang beriadah sambil menikmati pemandangan bandaraya Petaling Jaya. Lengkap fasiliti hotel ini kan. Ada bilik seminar, ada kolam renang, gym, bilik suite sampai lah ke bilik yang menawarkan kadar harga berpatutan dari RM200 bersih untuk satu malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. 




Tapi lagi menarik yang kolin nak berkongsi ialah Buffet Makan Malam BBQ pada harga RM110 bersih bagi seorang dewasa di Rooftop SkyZ Dine and Bar. Buat pemegang kad kredit atau debit Maybank dan Amex korang layak mendapat potongan 40% diskaun. Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 12 tengah malam setiap hari, menyajikan makanan tempatan dan jua barat. Kalau nak buat sambutan hari lahir atau apa sahaja boleh lah korang meraikan orang tersayang disini. Percayalah cakap kolin, tempat mereka ini cantik untuk melepak weii. 






Bukan bakar aje ada juga menu lain  pun ada juga. Ada nasi, mee goreng, noodle station, pelbagai kek, kuih muih, buah-buahan dan salad pun ada. Satay pun ada tau..itu pinggan kolin lah gambar atas tu. Tapi jangan terpedaya, tu baru pusingan pertama hahaha








Itu la dia buffet makan malam yang ada kat sini.  Dah makan malam, kolin nak kongsi menu breakfast kat sini pula. Menu pilihan ada banyak tau. Barat ada, timur ada, Ala India dan jua ala Cina pun ada. Ada roti canai, dim sum, nasi lemak dan pelbagai lagi. Korang buat lah pilihan diet sarapan pagi korang tu. Yang pasti pilihan memang banyak kalau korang datang menginap kat sini. Mana nak berbengkel dan bermesyuarat, boleh lah pertimbangkan untuk ke sini.












 Ini pilihan sarapan kolin pagi tu. Dan terima kasih buat kawan kolin iaitu Cik Paris yang sudi menemani kolin berehat di The Best Western Hotel, Petaling Jaya. Mesti korang tak percaya yang hotel tu best kan. Lepas ini tak payah travel jauh-jauh nak tidur hotel dan berehat. Kat PJ pun dah ada uolsss... Banyak-banyak terima kasih kepada pihak hotel yang sudi menjemput kolin. Semoga kita bertemu lagi di masa hadapan ya. Yang pasti kolin seronok gila menginap kat sini. Seronok sebab boleh dikatakan semuanya selesa dan terbaik. Parking kereta pun banyak tau. Paling penting kolam renang tu...kolam renang tu paling best!!


Please subscribe channel kolin dan enjoy the video yeee.. thx uolss!



Babai,

Kolin Zainal

1 comment:

  1. ye la..ye la..makan best...tak hajak kita ..hahaha..dpt lak borak sepanjang malam ngan si si paris tu..lagi gempak la kan?

    ReplyDelete

loving me..loving you