Assalammualaikum dan holla
korang semua
Mencari
satu produk rangkaian untuk kulit wajah bukanlah senang. Lagi pula kalau kita
ada masalah kulit muka kusam dan juga berparut. Dengan itu, Kolin baru sahaja
diperkenalkan dengan rangkaian penjagaan kulit wajah terbaru dari NUViT. Terima kasih buat kawan yang
memperkenalkan produk ini kepada Kolin. Buat pengetahuan korang, kulit muka
Kolin memang ada banyak parut jerawat lama, maklumlah zaman muda-muda suka
sangat picit jerawat. Disebabkan itu, Kolin cuba rangkaian ini selama 2 minggu
dan hasilnya sangat memberangsangkan. Disebabkan itu lah Kolin kongsi dalam
blog ini.
Kalau nak cerita apa keistimewaan rangkaian
penjagaan wajah ini memang tidak boleh disangkal lagi. B-trans5TM adalah satu
kombinasi unik yang diformulasikan untuk membantu formasi melanin, membaiki
kulit dan mempunyai anti-oksidan yang tinggi. Selain itu B-trans5TM mempunyai
3% tranexamic acid, AA-2G, Vitamin B3, daisy flower extract dan Vitamin E yang
sememangnya bagus untuk masalah kesan parut. Sasaran produk ini adalah untuk
orang yang mempunyai masalah kulit kusam, kulit muka tidak sekata dan juga yang
mempunyai banyak parut hitam. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai B-trans5TM
bolehlah lihat gamba rajah di bawah ini. Ada ekstrak Daisy Flower tu yang wangi
aje masa sapu kat muka. Paling best teksturnya tidak berminyak tau.
NUViT Dermal White Brightening Spot Correcting
Serum, 15ml @RM69.90
Serum yang mempunyai
tekstur yang sangat ringan ini bila disapu cepat betul meresap dalam kulit.
Paling suka bau fresh dari produk ini. Ianya adalah satu serum yang mampu
memberikan muka berseri-seri setelah beberapa hari pengunaan. Kolin sendiri dah
guna 2 minggu dan hasilnya sangat memuaskan. Diformulasikan dengan 3%
Tranexamic Acid, AA-2G, Daisy Flower Extract dan juga Tetrapeptide- 30 bagi
memaksimakan parut hitam akibat jerawat tu. Makna kata memang kalau ada parut
jerawat jangan lupa sapu serum ini. Nak guna mudah sahaja tau, hanya bersihkan
muka dengan pencuci muka dan sapukan serum di tempat yang berparut. Tak perlu
pakai banyak-banyak, sedikit sahaja sudah memadai okay.
NUViT Dermal White Brightening Essence Fluid,
30ml @RM76.90
Ini
juga cepat meresap ke dalam kulit wajah tau. Mempunyai ramuan yang bagus untuk
pencerahan secara semulajadi dan paling best kulit muka terasa lembut sahaja
setiap kali pengunaan. Diformulasikan oleh Tranexamic Acid, AA-2G, Daisy Flower
Extract, Brown Seaweed Extract dan mempunyai 24 jam Super Hydra Factor.
Pelembap yang sangat bagus untuk kulit kita. Jadi sesiapa yang ada kulit kering
tu memang susah nak hilangkan parut kan. Lagi lah menambah kulit kusam dan
tidak sekata. Penggunaan Brightening Essence Fluid ini pada keseluruhan muka
dan leher pada setiap pagi dan malam bakal memberikan tona kulit yang sekata.
Jangan lupa sapu pada muka dan juga leher okay. Pelembap yang terbaik setakat
ini pernah Kolin guna.
NUViT Dermal Whitening Spot Corrector, 15ml
@RM59.90
Bagi
yang ada masalah pigmentasi dan parut degil, inilah solusi terbaik. Ianya
adalah “correcting cream” atau dalam bahasa melayu krim yang membaiki kulit
wajah yang mempunyai kesan hitam akibat jerawat ataupun sinar matahari. Sesiapa
yang baru balik dari pulau dan mengalami kesan hitam pada wajah, jangan lupa
dapatkan set rangkaian ini. Formulasi 3% Tranexamic Acid, AA- 2G dan Daisy
Flower Extract memberikan rawatan pencerahan dan memberikan kulit terasa segar.
Nak pakai senang sangat, bersihkan muka dan pakai mengikut kesesuaian. Tak
perlu banyak-banyak okay. Tapi selepas sapu mesti korang bau wangi tu. Bau itu
adalah dari ekstrak bunga daisy. Memang wangi tapi tidak menusuk hidung tau,
bau yang sedap aje.
Bercerita
tentang semua ini, rugilah kalau Kolin tak tunjukkan pada korang semua
keberkesanan produk ini. Kolin gunakan hampir 2 minggu. Penggunaan secara
konsisten mengikut parut lama yang Kolin ada. Hasilnya sangat memberangsangkan.
Paling bagus, kulit tiada kesan iritasi atau gatal-gatal. Maknanya produk ini
adalah produk yang ditelah diuji secara klinikal tau. So inilah dia hasil Kolin
guna.
Kalau
ikutkan parut tu semua parut jerawat lama, tapi konsisten sahaja guna terus
nampak kesan positif pada parut-parut lama dah kian pudar. Buat yang masih tidak pasti, bolehlah rujuk
gambar di bawah untuk penggunaan produk penjagaan muka dan pencerahan dari
NUViT ini.
Terima
kasih buat kawan yang memperkenalkan produk ini kepada Kolin. Buat korang yang
ada masalah parut, tompok hitam ataupun pigmentasi di muka boleh lah cuba pakai
produk ini. Haaa..yang tiada masalah kulit tapi ada kulit kusam dan tidak
berseri, boleh cuba juga. Ubah produk lama kepada yang ini, Kolin pasti korang
mesti terperanjat dengan hasil mereka. Dah lah harga berpatutan, produk pula
bertaraf antarabangsa pula tu. Informasi lebih banyak di www.NUViT.com.my atau terus ke Facebook dan Instagram mereka di
Punyalah
bagus produk ini kan..jangan lupa pakai tau korang. Tengok FB dan IG mereka
cepat sikit untuk dapatkan set whitening korang segera tau. Dah pakai dah guna
jangan lupa hashtag #NUViTSkincare
Love,
salam singgah. menarik dan lawa packaging nya ^_^
ReplyDeletehi...umi nazrah..terima kasih singgah ye!
Delete