Assalammualaikum dan salam sejahtera
Buat bakal pengantin atau yang mana belum ada plan nak kahwin pun boleh baca lah entri ini. Kolin bertuah dijemput bersama-sama ke Majlis Pratonton Dewan & Sajian dari Wedding Studio Sdn. Bhd. yang diadakan di Summit Hotel, Subang USJ baru-baru ini. Suasana memang macam meraikan pengantin dan penuh meriah. Ada candy bar, ada photobooth kalau lah ada pengantin yang mahukan kemeriahan sebegini boleh lah cepat-cepat call mereka. Dengar cerita tempahan pun semakin meningkat, maklumlah siapa yang tidak kenal Official Wedding Planner ini kan. Untuk Dewan Pahlawan 5 & 6, Summit Hotel, Subang USJ inilah dia official wedding planner untuk korang. semua. Korang boleh hubungi nombor di bawah untuk keterangan lanjut:
Adam 012-429 2806
Habibah 012-4978827
Buat yang inginkan majlis kecil macam 100 pax pun boleh tau. Termasuk Dewan atau sewa hall, 10 meja tetamu, 100 kerusi banquet, 2 dome VIP, pelamin nikah atau tunang, 1 pasang baju untuk lelaki dan perempuan, 1 kali make-up, in house PA system dan microphone, raw photograpy berserta CD, raw videography beserta CD, 1 bilik standard Summit Hotel untuk satu malam. Pakej ini hanya lah RM10,000 sahaja. Bagi menu pula, ada nasi putih, ayam goreng rempah, daging kari ubi kentang, ulam-ulaman, sambal belacan, buah tembikai, buah oren, air sunquick oren, air mineral, teh tarikh, karipap 50pcs dan kuih seri muka 50pcs. Ini adalah pakej yang simple malah menyenangkan korang yang nak majlis yang simple dan sweet gitu.
majlis perasmian malam itu diserikan lagi dengan nyanyian dan kehadiran penyanyi terkenal Ara Johari. Meriah !
kalau inginkan persembahan tarian pun boleh juga untuk majlis korang
band ini 'the best ever'..nak tengok video mereka sila ke page Facebook kolin www.facebook.com/Alialisakreatif okay
candy bar
photobooth
inilah antara hidangan yang sempat kolin rasa
menu malam itu
kalau inginkan persembahan tarian pun boleh juga untuk majlis korang
band ini 'the best ever'..nak tengok video mereka sila ke page Facebook kolin www.facebook.com/Alialisakreatif okay
Kalau ada pakej yang simple, mesti ada pakej untuk majlis yang lebih besar. Kolin bertuah malam itu disajikan dengan menu dan hiasan yang untuk 500 pax dan juga 1000 pax. Pakej yang berharga dari RM28,000 sehingga RM33,000 itu dah bermakna pakej yang lengkap termasuk sewa dewan ballroom, 80 meja tetamu, 800 kerusi bersarung riven, 4 dome vip, pelamin moden, 1 pasang baju , 1 kali make-up, pa system, pengacara majlis, meja makan beradab, raw gambar dan video beserta CD, 1 projector termasuk skrin, holding room, 3 parking vip malah disediakan juga bilik suite summit hotel untuk satu malam. Kalau menu memang la meletop, lihat sahaja dalam gambar yang ada. Malah pada malam tu kami disajikan dengan persembahan oleh Hael Hussaini atau dikenali 'abang jampi'. Yang pasti pakej lengkap dari Wedding Studio ini sememangnya memberikan satu pengalaman romantis buat pasangan yang inginkan urusan majlis perkahwinan diuruskan oleh mereka. Ha...tambah satu lagi tempat yang korang boleh langsungkan perkahwinan korang.
Kalau nak tahu Wedding Studio ada pelbagai tempat lain lagi tau. Itu kalau korang nak boleh rujuk mereka atau call dengan segera. Tak silap kolin ada di Roof Garden Hotel, Grand Bluewave Hotel, IDCC Shah Alam, SACC Shah Alam, The Platinum Hall, Crystal Hall, Grand Nikah Hall, VIP Hall, Ballroom Rooftop, Lava Garden & The Atmosphere Sri Kembangan. Kalau ada mana-mana lokasi ini menjadi pilihan hati boleh lah tempah pakej lengkap mereka tu.
Inilah abang jampi nyanyikan dua lagu iaitu Hajat dan juga Jampi...memang terbaik! Suara memang mantap..
sempat alisa maisara dan dea marissa bergambar. Mereka duduk depan pelamin tu tau nak tengok. Memang dah macam tengok konsert dah kami malam tu...
Inilah abang jampi nyanyikan dua lagu iaitu Hajat dan juga Jampi...memang terbaik! Suara memang mantap..
sempat alisa maisara dan dea marissa bergambar. Mereka duduk depan pelamin tu tau nak tengok. Memang dah macam tengok konsert dah kami malam tu...
Apa yang boleh kolin katakan, malam tu memang penuh magis, diserikan lagi dengan persembahan baju-baju pengantin rekaan terbaru mereka. Terasa yang dah kahwin 14 tahun ni teringin nak sarung balik baju pengantin tau. Ada yang nak sponsor tak :)
Akhir kata, sila ke laman Instagram dan Facebook mereka untuk segala informasi ye.
Terima kasih Wedding Studio Sdn. Bhd. kerana menjemput kami sekeluarga menyaksikan promosi terbaru dan pelamin yang cantik sangat tu. Yang pasti kami semua seronok, lauk pauk pun sedap sangat. Ingat sesiapa nak melangsungkan perkahwinan, cari Wedding Studio Sdn. Bhd. tau.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you