Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jom Lunch di Kembali Kitchen di Level 6, Hotel Best Western PJ

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haaa...siapa suka makan kat hotel macam kolin!! Haa ini ada satu berita baik weiii...Makan hotel, tidur kat hotel memang hobi kita uolss hahaha. Tapi yang penting kita kena tahu promosi yang ada lah kan. Untuk korang yang teringin nak makan kat hotel tapi dalam masa yang sama nak yang sedap dan berbaloi ini lah masanya beb. Hotel yang terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya, siap parking senang dan makan sedap. Ada 3 set yang boleh korang order siap ada air terus. Haa...korang mereka terkejut dengan harga promosi mereka iaitu WARISAN SET LUNCH RM15 NETT tau. Ada hari-hari untuk lunch dari jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 petang, paling penting call untuk booking di talian 03-7610 2222. Kalau sabtu dan ahad malas masak boleh laa feeling-feeling lunch kat hotel uolsss. Boleh lah kita melayan hobi kita sesama kan haha. Hobi makan hotel tak perlu mahal !


inilah promosi yang kolin nak kongsi dengan korang. Menarik kann!!  Ada tiga pilihan buat yang datang nak makan lunch kat sini

Untuk kolin kannn..kolin pilih Set Ayam Bakar Percik Kelantan. Ini hidangan kolin hari itu, ini lah cara mereka hidangkan kat sini. Dan untuk partner kolin hari tu dia memilih Set Rendang Ekor. Tak sabar nak tengok gambar kann..inilah dia uolss set lunch makan kat hotel. Besar bahagian yang disediakan,  siap lauk dan air dalam bajet tak sampai RM20 pun.

 Set Rendang Ekor

Set Ayam Bakar Percik Kelantan

Meriah kan tengok set ini, kalau untuk kolin yang suka makan nasi memang cukup banyak dah hidangan ini. Ada 4 ketul ayam dalam tu tau, penat nak habiskan. Itu ada sup, kerabu dan jua keropok.


 Dedua muka dah lapar, tapi tetap nak posing hahaha
Sesiapa yang rasa suka makan dengan kawan nak bergosip dan bercerita boleh lah ke hotel ini tau. Tengok pun dah tahu sedap tau. Yang penting korang kena call untuk booking dan terus order set apa yang korang nak. Sebab senang lah sampai sahaja tidak lah menunggu lama untuk disiapkan. Makan dalam aircond, sejuk-sejuk, ada pelayan yang manis-manis belaka, siapa laaa yang tak suka makan-makan kat hotel kan. Lagi lah hotel yang lokasi strategik, senang parking, bersih dan menawarkan pelbagai promosi untuk kita merasa bersama. Kita close up sikit hidangan set yang ada ini okay. Jangan marahhhh...sila tahan air liur tau hahahah






Haaa tu dia lauk pauk utama yang boleh korang pilih. Nama pun Kembali Kitchen kannn... Mesti lah kolin akan kembali lagi dan merasa hidangan mereka ini. Dah baca, dah fahammm...siapa nak ikut kolin pergi makan hotel!!! Kita nak try Asam Pedas Ikan Pari laa pulakkkk...Jumpa sana tau. Jangan lupa terjah FB dan IG mereka untuk tengok segala promosi mereka. Klik sini www.bestwesternpj.com.my pun boleeeeeee






Babai

Kolin Zainal






2 comments:

loving me..loving you