Assalammualaikum dan salam sejahtera semua
Siapa suka makan sardin! Dari kecil sampai lah besar ni lauk sardin adalah kegemaran kolin. Lauk paling senang disediakan buat sekeluarga dan sedap. Buat pengetahuan korang, jenama AYAM BRAND telah bertapak dari zaman British Malaya ke Malaysia. Kalau ikutkan ramai antara kita 'membesar' dengan nya.
Dari tahun 1892, jenama ini telah diasaskan oleh Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis. Jenama Ayam Brand ini atau mak kita selalu cakap sardin cap ayam ini merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang di import dari Perancis.
Sejarah mereka adalah sikit yang boleh kolin kongsi kan dengan korang. Pada masa kemerdekaan Malaysia, nama syarikat 'Clouet Malaya' tidak wujud lagi. Satu syarikat baru yang di panggil A. Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Syarikat ini ada pertalian tau dengan keluarga di raja Negeri Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan hari ini anak beliau Dato Mu'tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih salah seorang pemegang saham utama. Itulah salah satu sejarah mengenai jenama ini.
Gambar jenama ini tidak berubah dari dulu tau. Masih kekal gambar ayam jantan dan warna pun masih merah dan kuning. Warna ikonik ini telah menyerlahkan sisi premium produk ini. Malah Ayam Brand telah mula menerima sardin premium dari Jepun. Bermula dari 1957, mereka telah melaksanakan tahap kawasan kualiti ikan yang tinggi dan melaburkan di sebahagian kilang di Taiping. Hari ini dengan 1200 pekerja tempatan Malaysia menjadikan kilang tersebut sebagai salah satu kilang terbesar di Asia Tenggara.
Malah kilang ini telah menerima persijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan. Malah produk ini telah terplih dan dibenarkan untuk mengeksport ke Amerika Syarikat dan jua Eropah. Dan ada jua Sijil JAKIM dan ianya adalah syarikat makanan yang boleh dipercayai. Halal tak perlu diragui la kann
Tahu atau tidak proses pengeluaran masih manual. Dari segi membersihkan ikan dan pemilihan ikan yang ketat, memerlukan lebih 1000 pekerja mencuci dan membasuh dengan tangan, malah ikan di masukkan dalam tin secara manual. So ikan di jaga malah ikan tidak pecah bagi memastikan ianya mencapai piawaian tinggi.

Malah sardin jenama ini adalah dari lautan sejuk, itu lah sebab sardin jenama ini berbeza malah lebih berlemak, enak dan lazat. Sardin yang di jual adalah sedikit mahal kerana ikan segar ini telah diasingkan bahagian dalam ikan dan juga kepalanya memberikan kualiti terbaik semasa memasak. Oleh itu sardin dalam tin kekal menjadi sumber ikan yang berpatutan. Malah jenama ini melangkah lebih jauh dengan menghasilkan tuna dalam tin siap bercili mengikut tahap kepedasan masing-masing bagi memudahkan kita semua dalam penyediaan sarapan pagi. Inilah dia jenama Ayam Brand yang telah terpahat dihati rakyat Malaysia sekian lama. Hari ini kolin masak sambal sardin tau... Sedappp dan pastikan korang goreng telur dadar juga ye.
Yang suka makan sambal sardin
Kolin zainal
Fav dari kecik sampai la ke besar..hahaha..takde sardin dalam sebulan rasa macam tak lengkap kan?
ReplyDelete