Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kongsi keenakkan minuman blackcurrant di Ribena Berrylicious Workshop

Assalammualaikum dan holla korang semua..

Harapan kolin semua yang membaca entri ini dimurahkan rezeki.  Sekali lagi kolin ingin berkongsi cerita sikit dengan korang semua. Iaitu minuman dari zaman kolin kecik-kecik dulu. Semua tahu ayat 'kanak-kanak ribena' itu kan. Dulu itu lah ayat paling selalu kita gunakan bila nak menunjukkan sesuatu kegembiraan. Yee..ini lah dia Ribena, minuman blackcurrant yang telah bertapak di hati setiap rakyat Malaysia sejak 63 tahun yang lalu. Ribena ini memang minuman wajib bagi mak-mak dari dulu lagi tau. Memang ikutkan banyak sungguh kenangan air ribena ini. Paling best kalau hari raya ke, air ribena ini kalau dihidangkan memang sedap dan memikat hati tetamu kan. Dipendekkan cerita, ribena ini memang dekat di hati para ibu memberikan kebaikan air ini kepada anak-anak. Inilah dia Ribena BerryLicious Workshop pada 5 September lalu.

Inilah salah satu aktiviti SBFM iaitu melaksanakan satu bengkel bagi ibu dan peminat minuman ribena untuk belajar pelbagai demonstrasi makanan dan minuman dari Ribena. Seperti biasa, Dr. Jezamine Lim Iskander di jemput bagi memeriahkan lagi Ribena Berrylicious Workshop pada hari tersebut.








Pelbagai resipi yang unik dan menarik di kongsikan sepanjang bengkel ini berlangsung. Memang korang sendiri akan terkejut, rupanya banyak betul resipi yang boleh dihasilkan dengan minuman ini. Bertambah meriah, apabila peserta bengkel yang menyertai berpeluang membawa balik Peti Sejuk Mini dari Ribena yang keluaran terhad tu. Mereka hanya perlu mendekorasi Mini Cheese Tart sahaja tau! Untung lah kepada pemenang tu kan..

 ini lah peti ais mini tu...lawanyaa 'purple' tu. 
Tahniah kepada pemenang

Menurut kata Corrine Tan, Senior Brand Manager, Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd., sepanjang bengkel ini berlangsung beliau mahukan peminat Ribena mempunyai pelbagai cara bagi menikmati air ini yang penuh kebaikan Vitamin C. Ianya juga memperlihatkan satu sisi lain iaitu penyediaan salad, mesti korang tak tahu yang Spinach Salad boleh dihasilkan dengan Ribena. Kalau nak buat biskut dan kek pun boleh juga. Ini lah dia minuman zaman berzaman, dari zaman nenek kita, mak kita sampailah anak-anak kita semua nanti kan. 

Menurut, Dr. Jezamine, beliau sendiri membesar dengan ribena dan sekarang beliau berkongsi keriangan minum Ribena bersama anak-anak. Yang terbaru terhasilnya variasi 'kurang gula' memberikan beliau pilihan yang lain untuk seisi keluarganya. Tapi bukan variasi 'kurang gula' sahaja tau, ada juga variasi lagi kalau korang ke pasaraya berdekatan. 


Menyediakan makanan dan minuman buat anak-anak sememangnya salah satu cara kita berhubung rapat dan berkomunikasi. Minuman yang sihat dan ianya mampu memberikan kesihatan terbaik buat anak. Nanti korang jangan lupa buat agar-agar Ribena okay. 

Ribena Berrylicious Workshop ini telah dikongsikan di laman facebook mereka iaitu www.facebook.com/RibenaMalaysia dan juga di www.instagram.com/ribenamalaysia. Buat korang yang nak tengok sendiri resipi dan pelbagai maklumat mengenainya boleh terus tengok kat situ okay. Kolin dah ada Ribena dalam rumah, tak sabar nak buat pelbagai resipi ni. Tapi resipi pertama ialah Ribena Laici yang selalu mama kolin buat masa kolin kecik-kecik dulu. Sekarang kolin boleh lah berkongsi resipi ini bersama anak-anak. Jangan lupa ke pasaraya terdekat dan dapatkan korang punya okay.




Babai,

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Rinena Rinena pun fav SA dan family gak ..seka ngan warna warna dia tu kan..best l kolin pi workshop Ribena..jumpa jezzamin plak lagi...

    ReplyDelete

loving me..loving you