Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Nestle Ice Cream meraikan Wanita Hari ini dengan Melancarkan Kolaborasi Beg MIMPIKITA

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kita wanita hebat kann..siapa yang cakap tak hebat. Wanita zaman sekarang dah macam super hero tau semua boleh buat. Kerja cari duit, suri rumah dan ada juga yang berniaga online. Semua ini wanita hebat kan. Bagi meraikan wanita-wanita moden hari ini, Nestle Ice Cream Malaysia dan jenama fesynen tempatan MimpiKita akan melancarkan dua beg koleksi terhad dalam satu kolaborasi eksklusif yang boleh didapati di pasaran mulai Oktober 2018 ini. Beg ini keluaran terhad yang boleh didapati dalam dua reka bentuk yang unik dan serasi. Kolaborasi ada dua rekaan tau, iaitu Zara yang menampilkan corak geometri dengan warna yang cerah manakal Jasmine yang mempunyai penampilan reka bentuk lebih lembut dalam warna pastel buat pengemar yang lebih feminin

 
Nestle Ice Cream Malaysia yang menawarkan rangkaian aiskrim yang lazat untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat malah untuk semua peringkat usia. Malah kolabarasi dengan MimpiKita kali ini adalah satu jenama yang sinonim dengan wanita-wanita Malaysia iaitu bergaya tanpa keterlaluan malah masih feminin. Bagi usahawan dan ibu, para pengasas adik beradik MimpiKita iaitu Nurul, Amirah dan Syahirah Zulkifli, jenama mereka melambangkan nilai teras kempen ini. Feminin namun tetap kuat!
Buat korang yang terliur dan teringin dengan beg keluaran terhad ini boleh didapati di acara jelajah Nestle yang terpilih di seluruh negara dari tarikh hari ini sehingga 31 Disember 2018. Jangan lupa beli mana-mana produk Nestle Ice Cream bernilai minimum RM25, itu sahaja korang perlu buat untuk dapatkan beg keluaran terhad ini. Layari https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/nestle-mimpi-kita untuk lebih informasi mengenai kempen ini. Jangan lupa korang ke mana-mana event promosi itu okay.
thank you for reading this!!
Love, 
Kolin Zainal 




No comments:

Post a Comment

loving me..loving you