assalammualaikum dan salam sejahtera
Selamat berhujung minggu korang semua. Hari ini kolin terasa nak berkongsi dengan korang mengenai TIPS MURAH REZEKI. Siapa yang tak berdoa hari-hari dimurahkan rezeki betul tak..semua nak kaya, nak senang dan nak jumlah akaun simpanan tu meningkat setiap hari. Tipu lah kalau kita sendiri tak mencari bagaimana nak menambah pendapatan dan juga simpanan. Jangan risau, kolin bukan nak jual korang skim cepat kaya ker, nak suruh korang jual apa-apa ker. Cuma kolin nak kongsi tips yang mungkin korang terlepas pandang yang ada dalam rukun islam yang kita ketahui selama ini, iaitu berZAKAT. Kita mesti ingat berzakat ini perlu kalau masa hari raya aje kan iaitu zakat fitrah. Ikutkan banyak lagi zakat yang kita ada tau, zakat harta, zakat emas, zakat perniagaan dan pelbagai lagi. Kenapa kita perlu berzakat, kenapa eh...sebab setiap dari harta atau pendapatan kita ada hak orang lain. Itu bukan kolin kata ye..korang boleh semak dengan ustaz atau guru yang korang kenal tau. Zakat tu membawa berkat....malah dengan bantuan zakat ramai orang susah atau Asnaf di kalangan kita mampu merubah gaya hidup mereka.
Bagi yang masih belum berzakat dan tidak tahu bagaimana untuk berzakat. Inilah kolin nak berkongsi sangat-sangat ini. Untuk pengetahuan korang, Pusat Pungutan Zakat atau dikenali dengan PPZ-MAIWP telah melancarkan satu kempen khas iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang telah pun dilaksanakan pada 1 Ogos 2018 yang lalu. Dan kini hampir ke penghujungnya pada 31 Oktober 2018. Kempen yang dilaksanakan selama 3 bulan ini nak bagitahu kepada semua orang yang mereka boleh berzakat dan membayar secara online. Mana yang rasa ..eh sibuk sangat laa nak pergi kaunter, eh mana ada masa...okay sekarang korang buka sahaja laman web mereka di telefon bimbit korang dan boleh lah godek-godek cara nak berzakat dengan mudah. Masa baring atas katil pun boleh tau nak buat secara online, macam korang shopping online tuu hihihi.
Tapi apa yang best kempen yang bakal nak habis ini menawarkan 20 hadiah tajaan dari SeriGroup Global. Sdn. Bhd. yang korang boleh menang setiap bulan iaitu Ogos, September dan juga Oktober. Nak menang senang, korang buat pembayaran zakat di portal PPZ-MAIWP iaitu www.zakat.com.my dan yeayy..mana tau rezeki korang berzakat dimurahkan rezeki dengan menang hadiah tajaan tu. Bukan apa...dah lah menunaikan rukun Islam tu, tapi ada pula pihak baik hati nak berkongsi rezeki taja hadiah bagi pihak PPZ-MAIWP, serius baik hati gilerrrr...Semua hadiah ini akan disampaikan semasa Karnival Zakat pada 1 Disember 2018 nanti.
Tau tak kenapa pihak ini mengambil langkah buat pembayaran online. Sebab mereka memahami kita ni sibukkkk...kalau yang berada di luar negara kawan-kawan kita tu pun boleh berzakat nak kalau nak kan. Bagitahu tau mereka tu, sekarang berzakat online sahaja. Mana yang berniaga secara online, haaa...korang tak mahu murah rezeki ker....Tips yang sangat mudah tau, BERZAKAT. Setiap jualan korang catitkan dan kira 2.5% dari itu boleh lah korang zakatkan. Dan kolin percaya, sekali korang buat mesti rasa lega di dada yang salah satu dalam Rukun Islam telah pun kita laksanakan.
Kempen Jom Berzakat @zakat.com.my dari PPZ-MAIWP dah nak habissss oiiii..nak tamat pada 31 Oktober 2018 bulan ini. Ambil langkah positif dengan membuka laman web mereka. Dan paling menarik hadiah-hadiah tajaan itu pun boleh kita menangi. Tuah korang mana nak tahu, menang pulak hadiah lepas berzakat.
Kolin dah pun buat weii..simple, senang dan rasanya tak susah pun. Jangan lupa berzakat weii korang, duit banyak-banyak tu kalau tidak berzakat ..hurmmm rugilah tak kejar pahala kan. By the way, Zakat dan Sedekah lain ye. Boleh rujuk dan cari apa bezanya nanti.
Semoga penulisan ini dapat gerakkan hati korang yang berniaga dan bekerja selama ini tanpa pernah berzakat untuk BERZAKAT. Dan paling best PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT. Jangan lupa,...bulan ni habisss tau kempen...
Salam Sayang,
Kolin Zainal
Senang sekarang bayar online je. Kat mana2 pun boleh bayar. Takde alasan tak sempat nak bayar.
ReplyDeleteTips untuk murah rezeki dan berkat ni.. Berzakat juga merupakan rukun islam.. Wajib kita laksanakan..
ReplyDeletemcm2 adiah disediakan...sambil berzakat bole menang hadiah
ReplyDelete