Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

NIGHT OF FRIGHT 6 kembali lagi di Sunway Lagoon Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Memang tak pernah terlepas, rugi  kalau tak pergi tahun ini!! Night of Fright 6 di Sunway Lagoon dah kembali lagi wei. Dari 2013 #NOF sehingga ke #NOF6 memang kolin selalu akan sama-sama hadir. Biasanya memang nak ke sambutan Halloween memang kempen ini akan bermula. Ambil sebagai hiburan okay...best tau masuk rumah hantu hahahah..kat sini ada lebih 7 ke 8 rumah hantu wei!! Kali ini lagi seronok sebab rumah hantu dah bertambah dari tahun sebelumnya. Tiada siaran ulangan!




Terima kasih sudi menjemput kolin di majlis meriah ini!


Buat yang teringin nak pergi menguji keberanian diri, korang boleh datang dari 28 September sehingga 31 Oktober 2018. Setiap hari Jumaat sehingga Ahad, manakala hari terakhir iaitu hari rabu pada 31 Oktober 2018. Dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam. Bagi harga tiket pula seperti berikut:

Normal Rate: RM69 untuk seorang (dengan bloodbag atau devil horn)
Express Combo: RM114 untuk seorang (express pass+bloodbag or devil's horn)
Hell Fest Combo: RM79 untuk seorang (NOF6 tiket +Hell Fest Movie Ticket)
Passport Member's Deal: RM45 untuk seorang (walk in only)
In Park Guest- RM45 per  untuk seorang (walk in only)


ini dia bloodbag
dan ini lah devil horn

Terpulang pakej yang mana korang beli akan dapat antara dua free gift ini. Alah sesaja memeriahkan lagi suasana sahaja. 
Antara rumah hantu yang korang boleh melawat ialah Wendigo - The Legend in the Mist, Phobia - Coulrophobia, the Fear of Clowns, Slaughterhouse 13, Ghost Face - the Face to Make you Scream in UV3D, ScaryTales Theater - Ghost Stories, Zombie Zoo - Who Let the Dogs Out, Ghostbusters - Halloween New York, HorrorWood Studios - Wax Museum of Monster. 


Ini antara yang sempat kolin bergambar lah. Korang datang sini memang segala pelusuk ada hantu wei hahaha. Tapi jangan risau, mereka boleh terperanjatkan korang, boleh kejar korang tapi mereka tak akan sentuh korang. Kita pun tak boleh sentuh mereka, ini semua faktor keselamatan lah. Yang penting mereka memang mementingkan keselamatan kita tau. Jangan lupa bergambar kenangan tau dengan mereka.









Kalau takut pergi sensorang ajak kawan-kawan weii hahahah. Macam kolin haa..terima kasih Huda dan Milah sebab sudi ikut aku jumpa 'kawan-kawan" setahun sekali haaa. Kalau korang dah rasa takut, selain rumah hantu, semua game yang kat dalam tu dibuka tau. Boleh lah naik permainan sekejap, selepas itu sambung lagi masuk rumah hantu tu.



Bukan sahaja ada rumah hantu, malah Scare Zones pula ada Jampi - Asian Rituals, Haunted Shipwreck, Tanah Puaka - Cursed Land dan Killer Scarecrows. Mana yang nak tengok persembahan di pentas utama, jam 8.00 malam akan ada Alter Ego @Nightmare Stage (persembahan pembukaan), 8.30 malam, Years of Pain @ Nightmare Stage dan 8.45 malam, Soldier of Amun Ra @ Fire God Stage dan banyak lagi persembahan sampai lewat malam. Ini lah antara aktiviti kalau korang datang ke sini untuk kempen terbaru dari Sunway Lagoon Malaysia. 



Buat yang dah lapar menjerit dan lari dari segala hantu yang ada. Korang cari lah tempat bernombor 666 ini. Kat sini korang boleh order makanan lah. Ada pelbagai pilihan buat korang semua. Jadi tak perlu risau nak bawa masuk air atau makanan kerana semua disediakan di sini. 



punya laa milah gembira dapat makan lepas jumpa hantu hahahahhahaha. Sudah selesai makan, kita pergi cari hantu lagi ye. Pendek cerita tak rugi, bayar dan masuk untuk Night of Fright 6 kali ini. Lebih mengerunkan, lebih menjadi-jadi hantu tu.




Pengalaman kolin memang tak usah nak cerita lah, seronok hahahah. Sepanjang malam kami semua melayani hantu-hantu yang ada kat sini. Ada yang dikejar hantu dan ada juga mengejar hantu untuk ajak bergambar dan juga berselfie. Maklumlah kempen ini sekejap sangat tau, sehingga 31 Oktober sahaja !!! Korang jangan lepaskan peluang bergembira dan berseronok bersama keluarga dan kawan-kawan. Anak-anak kecil baik jangan bawa lah..karang ada yang menangis pula. Siapa yang nak cari ruang lepak bersama kawan-kawan ini lah event terbaik. Jumaat nanti, lepas balik kerja terus sahaja ke sini untuk beli tiket walk in tu.

Majlis pelancaran yang penuh gimik ini telah dilancarkan oleh Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon dan Lynton V. Harris, Chairman & CEO of the Sudden Impact. Tahniah buat mereka!







 
Bagi informasi lanjut korang boleh telefon mereka di 03-5639 0000, atau layari www.sunwaylagoon.com untuk tiket okay.



Yang pasti kolin rasa NOF6 kali ini banyak betul pembaharuan. Terima kasih Sunway Lagoon Malaysia. Yang korang tu, jangan lupa hashtag kat sosial media korang okay. Hashtag aje #SLNOF6 #Nightof Fright6 #SunwayLagoonMY



Love, 

Kolin Zainal


 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you