Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Cara lebih sihat untuk mengoreng dengan AirFryer XXL Philips

assalammualaikum dan salam sejahtera

hai selamat hujung minggu weii..di hari ahad yang sibuk ini kolin nak berkongsi dengan korang semua mengenai produk yang best untuk kita yang suka masak dan makan. Perasan tak kita ni selalu duk mengoreng macam-macam, terfikir juga kalau nak sihat macam mana lah asyik ada minyak. Inilah dia AirFryer terbaru saiz lebih besar iaitu AirFryer XXL dari jenama terkemuka Philips. Sesiapa yang belum ada lagi kat rumah boleh lah rapat sikit, baca apa kolin nak kongsikan ini okay. Ini lah dia satu produk yang korang ada satu aje cukup untuk buat segala benda. Jimat tenaga dan masa mengemas...itu paling penting.







Hari jumaat yang lalu kolin sempat ke IPC Shopping Mall untuk melihat sendiri dengan lebih dekat AirFryer XXL ini. Hebatnya produk ini korang boleh menghasilkan makanan bergoreng dengan cara yang lebih sihat dan berkualiti. Kolin dan kawan-kawan lain kagum betul dengan produk ini sebab banyak rupanya fungsi lain selain mengoreng. Tapi kita orang melayu memang tak pernah lepas kan hidangan goreng. Nak goreng ayam ker, goreng ikan ker, kentang ker, nugget ker segalanya boleh. Tak perlu pakai minyak yang banyak dan tak perlu berdiri lelama kat dapur bila nak mengoreng tu. 






Menurut kata Pengurus Negara Philips Malaysia iaitu Encik Muhammad Ali Jaleel, mereka mengabungkan pengetahuan mengenai keinginan penguna dan pembangunan produk berinovasi bagi menawarkan kepada penguna cara yang lebih sihat untuk mengoreng yang boleh menyingkirkan 50% lemak daripada makanan. Malah ianya memberikan lebih kemudahan untuk mereka masak lebih banyak untuk sekeluarga. Itu lah sebabnya terhasil AirFryer XXL bersaiz lebih besar bagi memasak hidangan yang lebih banyak. Pendek kata kalau korang nak buat majlis atau parti kat rumah memang senang dah. Nak masak nasi ayam, pun boleh kakak, masukkan seekor dua ayam dalam tu. Siap terus. ...






Ini lah dia beberapa perkara yang best mengenai produk ini.

1. LEBIH BESAR - MASAK LEBIH BANYAK HIDANGAN

saiznya direka khas supaya korang tidak perlu masak berulang kali. Dan kalau nak tahu hidangan saiz sehingga 6 orang boleh dihasilkan dengan produk ini. 

2. LEBIH MENYIHATKAN- MENYINGKIRKAN SEHINGGA 50% LEMAK DARIPADA MAKANAN KETIKA MEMASAK

produk ini mampu menyingkirkan lemak sehingga 50% daripada makanan terutama yang nak masak daging tu. Jangan risau, rasanya tak lari pun tau. Kolin sendiri dah cuba masa kat event hari tu. Ciri Turbostar Berkembarnya, yang terbaharu mengunakan 2,225W kuasa untuk menyingkirkan lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas diudarakan di dalam AirFryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak. Itu lah sebabnya ianya mampu singkir lemak.

3. LEBIH BAIK -PELBAGAI GUNA DAN MEMUDAHKAN

Philips Viva Collection AirFryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ianya dpat dicuci dengan mudah dalam masa 90 saat. Semua bahagian boleh ditanggalkan dan boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk. Dan kalau nak tahu, korang boleh buat kek, buat pastri, roti alahai..banyak lagi kalau korang nak tahu. Masih sempat hari ini ke IPC Shopping Mall di Mutiara Damansara tu. 

Bagi membantu korang semua yang hendak memiliki produk ini AirFryer XXL ini didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef professional dengan arahan angmudah difahami, daripada snek ringan sehinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga. Nak lagi senang, ikuti tutorial serta resipi mudah diikuti menerusi aplikasi Philips AirFryer yang disediakan untuk peranti iOS atau Android anda. 

JANGAN LEPASKAN PELUANG MELAWAT EVENT 'PHILIPS HEALTHY LIVING DARIPADA 2 SEHINGGA 7 OKTOBER 2018. 

Dan inilah yang kolin cakap tu, korang masih sempat ke sana dan melihat sendiri dengan lebih dekat mengenai AirFryer XXL ini. Sempena Hari Jantung Sedunia 2018 juga, Philips Malaysia sedang menganjurkan pameran "Philips Healthy Eating, Healthy Living, di Atrium Tingkat Bawah, IPC Shopping Centre di Mutiara Damansara. Dapatkan Philips Viva Collection AirFryer XXL pada harga promosi RM1,499 dan boleh dapat percuma seutas gelang tangan pintar MiBand 2 bernilai RM109 . Aktiviti pun banyak kat sana yang boleh korang boleh join, boleh timbang berat, boleh cek kadar gula dalam darah dan tekanan darah tinggi secara percuma. Untuk anak-anak pun ada tau, sila pergi bersama keluarga okay. 




Philips Viva Collection AirFryer XXL (HD9630/99) boleh didapati dengan harga runcit yang disyorkan pada harga RM1699 beserta pan mengril dan satu set pencucuk makanan di semua Philips Brand Store dan juga online ye. Dapatkan maklumat lanjut di www.philips.com.my boleh lah tengok terus apa yang best pasal produk ini. 

Kolin pun kena mula menabung weii nak beli idaman kalbu ini. Memang kalau dapat yang ini, memasak bukan satu yang sukar buat diriku ini hahaha..Thank you Philips Malaysia....korang jangan lupa dapatkan okay, yang suami beli untuk isteri okay..







Love, 

Kolin Zainal 

4 comments:

  1. bestnya kalau dapat..senang kerja kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kolin nak menabung SA..mudah mudahan rezeki masyukkkk beli satu huhu

      Delete
  2. mcm2 bole masak dlm air fryer...aku pn guna philip juga tp pinjam mertua punya la..sennag nk goreng nugget, beger, fries , ayam tanpa minyak

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...doakan Liez dpt memiliki air fryer besar ini.. duk korek2 tabung jenak beli tu...
    cepat mengandung lah leh mengidam air fryer hihihi

    ReplyDelete

loving me..loving you