Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

coretan sambutan hari lahir tahun ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya sempat juga kolin nak berkongsi dalam blog ini. Sambutan hari lahir pada 2018 yang penuh dengan kejutan. Tak sangka ramai pula yang sudi sambut birthday kolin. Syukur ada kawan-kawan yang sama 'masuk air' yeay. Birthday kolin pada 31 Ogos yang lalu tau, jangan terpedaya tengok update ini hahahah. Tapi sayang kalau kolin tak abadikan sambutan birthday 2018 ini dalam blog rasanya. 

Bermula dengan sambutan di pejabat lah. Terima kasih buat suzi, azie, zati, syirah, reena dan semua lah yang lelain buat surprise. Keluar masuk bilik pejabat, sekali tengok atas meja ada kek dan hadiah. Serius kita terkejut sangat hahahha. Paling teruja suzi hadiahkan kita set berus mekap dari Sendayu Tinggi. Kita suka awak..melompat kita suka tau.. 









Yang kedua, sambutan kat rumah. Dengan suami dan anak-anak yang cukup mendamaikan hati. 31 ogos tu bukan birthday malah anniversary ulangtahun perkahwinan kami ke 14 tahun. Dari 2004 bertahan wei, siapa kata kahwin tu senang. Itu lah satu partnership yang sukar difahami, banyak yang gagal, ramai yang makan hati, menderita. Rumahtangga adalah satu perang lah kiranya. Tapi ini lah sambutan kecil sambutan kami di rumah. Dan disebabkan aku anak Malaysia lahir masa merdeka. Laki bagi aku loket bendera Malaysia hahaah. Jadi lah buat kenangan kan...





ini lah dia kek dedulu hahaha. Potong kek dua tingkat masa malam berinai. Gambar lama..masa tu sepapan kedingnya hahha


Kemudian macam biasa lah, cik milah belanja kita makan siap bagi kasut tuk hadiah birthday hahaha. Serius semua orang cakap boot tu boleh cari makan. Tapi kolin memang suka pakai jeans dengan boot sekarang. Nampak lebih kemas gitu..tapi kalau pergi event la, pergi pasar kita pakai boot phua chu kang. Thank you milah !!! 



itu lah hadiah hari lahir dari cik milah...lawa boot kita kann


Yang last ini memang tak sangka sangat. Kawan kita ajak lunch sekali terus buat surprise. Memang terkejut sangat !! Terima kasih Haliza, memang tak terkata kenapa lah layan kita baik sangat. Alhamdulillah...terkedu kita sangat..tapi syukur dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik hati dan sudi ingat birthday kita.





yang lelain semua kawan-kawan yang kolin tak cerita dalam ini janganlah kecil hati. Ramai sangat wish kolin bulan ogos tu, tiada kata secantik bahasa yang boleh kolin gambarkan. Kolin rasa bertuah sangat....terima kasih dan semoga kita semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Ini lah dia sambutan hari lahir tahun ini, 2018. Umur tetap naik wei, tapi yang penting kita TUA dalam keadaan yang sangat happy dan terbaik. Hargai keliling kita, hargai kehidupan kita dan yang lebih penting jaga makan supaya kita sentiasa sihat dan dapat berjumpa kawan, keluarga selalu. Akhir kata..terima kasih mama aka Cik Timah lahirkan alang, segala jasa mama, alang bawa sampai mati. 




Love u mama....







Love,

Kolin zainal

2 comments:

  1. Hepy blated bday :)

    singgah n follow sini.. Harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Meriah.. Syok dapat surprise! Happy birthday
    .

    ReplyDelete

loving me..loving you