Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REUNION: CLASS OF 97, ASSUNTARIANS

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ha...akhirnya terlaksana jua reunion sekolah weii. Puas berdebat, melalak dan beri cadangan dalam group wasap tu. Korang mesti ada juga kan. Kolin syukur dikurniakan kawan-kawan yang baik-baik. Ada group sekolah rendah, sekolah menengah, uitm pahang dan juga uitm perak. Nampakkk takk..itu lah pasal kolin sendiri jadi keliru hahaha. Terlalu ramai sangat kawan, masalah dengan kolin pulak, selalu lupa nama, ingat muka. So sesiapa yang kenal aku tu mesti tegur aku dengan meriah. Kita buat baik dekat orang, mesti orang buat baik dekat kita. Kita nak berkawan sampai mati! korang kalau nak berkawan kenalah ikhlas tau, jangan ambil kesempatan, mesti korang rasa manisnya sebuah persahabatan. 

Seperti yang dijanjikan, kami nak makan di Seoul Garden, Sunway Putra pada 13 Oktober yang lalu, jam 4.00 petang. Maklumlah kalau pagi atau tengahari kami semua kaum ibu ada hal nak buat. Dah berjanji kita terus pergi wei..tema pulak seluar jeans, baju putih dan tudung navy blue. Aku bantai aje royal blue hahahhaha. 










itu lah serba sedikit gambar yang mampu kolin share. Sebab kalau korang nak tahu, ada almost 300 lebih gambar wei..Semua kolin abadikan dalam video dalam youtube channel kolin. Jemput tengok korang semua.




buat kawan-kawan kolin, semoga ukhwah dan silaturrahim kita berkekalan sehingga ke anak cucu. Kolin percaya bila kita ikhlas berkawan, kita akan berkawan tanpa syarat. Salam jumaat semua!

Kolin doakan korang jua berkawan dan bersahabat dunia akhirat ye. Kawan baik-baik, jangan aniaya kawan tau..


Love,

kolin zainal


p/s: tak sabar nak  pergi umrah bersama kawan. semoga dipermudahkan

4 comments:

  1. bestnya ada reunion ni mesti meriah kan. Yang penting semua gorgeous belaka :) ada yang tak attend tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai tak attend. Tapi yang ada pun dah pecah panggung hahaha

      Delete
  2. sama juga dengan saya! ingat rupa, lupa nama. hahaha. usah ditanya lah nama. kadang jenuh pikiaq :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kan. kalau ada gelaran yang itu lagi ingat hahaha

      Delete

loving me..loving you