Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Majlis Pelancaran Penuh Gaya, Tahniah Irisa Cosmetics!


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahniah Irisa Cosmetics !!! Tiada kata yang boleh kolin katakan, terima kasih sebab menjemput kolin. Inilah dia gandingan dua beradik iaitu Irisa dan juga Iman telah menghasilkan jenama kecantikan hak milik Bumiputera sepenuhnya dan dikenali kini sebagai Irisa Cosmetics. Jangan korang tak tahu, alat solek yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, bebas dari paraben dan sesuai untuk kulit sensitif ini telah ada dipasaran. Buat korang yang tak suka gincu bibir yang ada bau tu, patut cuba pewarna bibir dari mereka. Sebagai langkah permulaan, mereka telah menghasilkan 5 pilihan pewarna bibir atau Flux Matte yang terdiri daripada warna yang segar dan memang trend sekarang lah. Lagi membuatkan kolin kagum, orang kuat atau adik beradik ini muda sangat Irisa berumur 17 tahun dan Iman 15 tahun sahaja. Ini lah dia usahawan muda Bumiputera yang perlu kita beri perhatian tau. 

 inilah Irisa dan Iman

Bukti kejayaan mereka, apabila telah mengadakan majlis pelancaran secara gilang gemilang yang bertempat di Black Box, Publika pada hujung minggu yang lalu. 



Malah ramai selebriti dan insta femes ada atau. Antara selebriti yang hadir ialah Aprena Manrose, Fazdlun Abass, Arenaliena Nourul Depp, Emma Shazleen dan juga Cilibling. Tak lupa jua, ramai media, kawan-kawan dan kaum keluarga bersama datang meraikan kejayaan produk mereka. 







Kedua-dua beradik ini yakin mampu memberikan kosmetik yang terbaik dan sesuai untuk rona kulit Asia dan paling penting harga mampu milik tau. Ianya juga sesuai untuk remaja muda yang baru berjinak untuk mengenakan pewarna bibir tu. Malah yang kerja pejabat macam pun sesuai, sebab Flux Matte ini memang long lasting tuuu...sesuai untuk pekerja yang duduk pejabat seharian untuk tampil lebih bergaya. Pada kolin apa yang menjadi kelainan untuk produk ini ialah produk mereka berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Di  Malaysia memang sesuatu yang baru lah kan. Mereka berdua percaya sesiapa sahaja boleh tampil menarik dan cantik, disebabkan itu inilah hasilnya. 






Majlis diserikan dengan persembahan tarian oleh pasukan sorak dan di ikuti dengan tutorial dari jurusolek terkenal tanahair iaitu KasihCicie. Beliau berkongsi yang Flux Matte dari Irisa Cosmetics ini boleh rupanya kalau korang nak campur. Paling penting yang ada bibir sensitif tu sila beli yang ini dan cuba okay. Dua remaja berbakat besar ini dilahirkan di Kuala Lumpur meneruskan legasi perniagaan milik ibu bapa mereka iaitu Serasi Global Sdn. bhd yang dikenali ramai dengan produk penjagaan kulit dari bahan semulajadi dan jua organik. 




antara blogger yang hadir - murni dan kak ros

Kolin sempat lah cuba di booth yang mereka sediakan. Antara warna yang ada iaitu Solo, Stigma, Valeri, Moonlight dan Dead Roses. Haa dari bayangan merah jambu, merah sampai lah ke merah koral tu sudah pasti buat korang suka giler. Ianya mudah menyerap, bebas dari paraben, mesra wuduk dan Halal. Kolin suka sebab tahan lama, tak ada pewangi dan paling best ianya warna yang memang trend masa kini. Penting tuuuu


Tahniah buat mereka berdua diatas kejayaan produk mereka. Kolin di maklumkan tak lama lagi mereka akan menghasilkan produk pembayang mata dan highlighter untuk pelengkap bagi rangkaian produk alat solek mereka. Buat korang yang nak tahu lebih banyak maklumat sila ikuti mereka di-

apa-apa pertanyaan sila email mereka di hello@irisacosmetics.com

Yang kolin pasti, kami memang berseronok sepanjang majlis pelancaran berlangsung. Penuh meriah, ada permainan, ada kuiz dan tak lupa juga makanan petang yang disediakan. Ala korang, mekap dan wanita tidak boleh dipisahkan. Itu lah pasal kalau pergi event kosmetik macam ini memang kolin enjoy giler. 


Tahniah Irisa Cosmetics dan nanti tunggu review kolin untuk kelima-lima pewarna bibir tu ya. 

Love,

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you