Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pelancaran MAX FACTOR di Malaysia menampilkan Lisa Surihani sebagai Duta #unlockingrealwomen

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Salah satu ikon dalam industri kosmetik iaitu Max Factor telah pun berada di Malaysia. Majlis yang  gah telah diadakan baru-baru ini di Lot 10, Jalan Tangsi tu tau. Majlis yang diadakan bersempena meraikan pelancaran jenama ini bersekali dengan pelancaran The Max Factor Beauty House yang turut menampilkan artis tanahair terkemuka iaitu Lisa Surihani sebagai duta mereka. Majlis yang dihadiri hampir 150 orang para tetamu ini dijemput bagi merasaikan kemeriahan majlis di petang itu iaitu #UnlockingRealWoman 



Menurut kata Pink Fong, mereka sangat teruja dengan kehadiran Max Factor di Malaysia setelah berjaya di merata negara di Asia. Kini sebagai salah satu brand kosmetik yang terulung di dalam dunia kecantikan mereka selalu memberikan wanita terasa penting dalam apa juga bidang yang mereka ceburi. Dan pastinya semua wanita di Malaysia berhak diberi peluang untuk merasa 'berkuasa' atau empowered. Bersama-sama di pelancaran  yang berhashtag #UnlockingTheRealWomen ada beberapa artis yang terkenal turut hadir iaitu Kavitha Sidhu, Ling Oo dan juga Raja Nadia. 


Pilihan Lisa Surihani sebagai duta adalah kerana beliau memberikan satu inspirasi untuk wanita di luar sana. Di mana beliau selalu memberikan sisi dan visi yang positif buat kaum wanita di luar sana. Ianya membuatkan lebih bermakna untuk memilih Lisa Surihani sebagai duta. Max Factor juga berkerjasama dengan Watsons bagi memberikan peluang untuk semua merasai barangan dari jenama ini. Buat korang yang nak cuba dan nak tengok sendiri semua rangkaian yang ada bolehlah ke Watsons yang terdekat tau. Ianya sudah tentunya memberikan pelbagai pilihan untuk korang dan manalah tau korang boleh tengok mana yang sesuai kan. 


Demi meraikan kempen  #UnlockingRealWomen, jenama ini ada The Max Factor Beauty House tau, ada 7 ruangan iaitu Her Patio, Her Living Room, Her Dining Room, Her Bathroom, The Virtuous Room, Her Bedroom, Her Powder Room dan Her Gallery Room. Sesiapa nak tengok leibh dekat sila lah ke Lot 10 Kuala Lumpur. Dekat ajerrr...boleh la posing macam gambar kat atas tu...


Tahniah Lisa !
maklumat penuh terus ke https://www.maxfactor.com/int/ 





Love, 

kolin zainal

2 comments:

  1. Wow Lisa Surihani jadi Duta..sure mahal product ni..SA tgok website dia takde plak maklumat harga...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye..dia tak letak lagi kut. Kolin nak try tengok kat watson nanti

      Delete

loving me..loving you