Assalammualaikum dan salam sejahtera
Hujung minggu yang lalu, kolin berkesempatan turun padang dan turut sama dalam PROJEK CSR DMR #darihati123mamanet. Pada 14 Oktober yang lalu, bertempat di Dataran Shah Alam acara amal yang penuh kemeriahan ini telah memberikan banyak kebaikan dalam meringankan beban golongan susah atau golongan "miskin bandar" ini dalam meneruskan kelangsungan hidup. Bukan semua mampu, betul tak. Harap dengan usaha murni ini dapat diteruskan bagi memastikan golongan yang memerlukan terus terpelihara. Kita jalankan tanggungjawab sosial kita tau, jangan lah harapkan agensi kerajaan sahaja, kita sendiri sebagai individu pun boleh menyumbang tau. Inilah yang dilakukan oleh www.123mamanet.com dalam memastikan usaha mereka dapat membantu orang lain.
Antara yang turut hadir bersempena Program Hari Tanpa Kenderaan dan Eco Free Market ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita da Keluarga Negeri Selangor iaitu Y.B. Puan Dr. Siti Mariah Mahmud, Datuk Bandar Shah Alam iaitu Dato' Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad dan ramai lagi tetamu VIP turut hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut. Malah pada hari yang sama turut dilancarkan acara Pink Walk bagi memastikan kesedaran kesihatan warga Shah Alam untuk kekal sihat dan cergas. Memang ramai lahhh...rugi siapa yang tak datang dan bersama di program Ahad yang lalu.
Golongan sasaran yang boleh mengambil apa sahaja barangan yang mereka perlukan ialah anak-anak yatim, asnaf & ibu tunggal sekitar Shah Alam. Eco Free Market ini, terpulang kepada kita nak bagi apa. Ada juga yang bawa barangan terpakai untuk diberikan, macam baju, buku, barang perhiasan dan banyak lagi.
Bagi DMR #darihati123mamanet, berterima kasih kepada pihak Guardian Malaysia terutamanya bagi segala sumbangan yang telah diberikan. Tidak lupa juga sumbangan dari orang-orang perseorangan yang ingin menderma dalam membantu golongan yang memerlukan ini. Antara yang ada di booth 123mamanet ialah sabun mandi, keperluan makanan malah ada juga ubat-ubatan farmasi. Jangan tidak tahu, sabun mandi, berus gigi, syampu rambut ini adalah salah satu keperluan buat mereka. Bukan semua mampu ye, jadi kolin nak ucapkan tahniah kepada 123mamanet di atas usaha CSR DMR ini menjadi kenyataan. Buat pengetahuan korang, CSR DMR ini adalah sudah kali ketiga tau. Akan datang akan ada 4.0 dan buat sesiapa yang hendak menderma sekali boleh lah terus email kepada myellowheart@gmail.com. Semoga usaha murni ini diteruskan dan berjaya mendapat tempat buat semua untuk terus menderma dan membantu orang lain. Tapi konsep di sini, korang kena dapat kupon lah dari MBSA bagi mendapatkan barangan keperluan. Jadi jangan risau tau, yang tiada kupon, kita jangan layan. Yang ada kupon adalah golongan yang berdaftar dan yang memerlukan. So nak ambil barang, satu kupon adalah untuk satu barang. Bagus kan..sekurang-kurangnya kita membantu golongan yang betul kan....
Pada kolin lah kan, kolin nak ucapkan terima kasih kerana memperkenalkan satu cabang kebajikan atau charity ini. Dapat juga kolin bersama keluarga turut padang dan membantu sedikit sebanyak. Semoga CSR DMR 4.0 yang akan datang terus mendapat tajaan dan sambutan supaya lebih banyak lagi barang yang dapat kita agihkan. Jom laa korang support kami ni...sorang sikit, dapat juga membukit.
Inilah booth 123mamanet yang dah langsai barangan semua hahahah...syukur. Harap ianya membantu ya. Terima kasih baca blog kolin !!!
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you