Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KONGSI: 'Ramadan Dinanti, Zakat Dihati' dari Pusat Pungutan Zakat - MAIWP

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haii korang, bersempena esok kita semua yang bakal menjalani ibadah puasa bagi tahun 2018 atau 1439H, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah satu agensi yang bertanggungjawab untuk mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala pihak Baitulmal - MAIWP adalah satu lagi agensi yang mengagihkan zakat. Hari ini kolin berbesar hati dapat turut serta dalam sidang akhbar yang diadakan di Wisma PPZ yang terletak di Dataran Shamelin, Kuala Lumpur. Buat korang yang rasa susah sangat nak bayar zakat tu, mudah sangat lah, korang klik sini www.zakat.com.my segala cara pembayaran dinyatakan tau. Ada pelbagai jenis zakat buat korang ketahui iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, Zakat Saham dan Qadha Zakat. Dan pada kali ini, kita fokus kepada tema menyambut ramadan kali ini ialah "Ramadan Dinanti, Zakat Di Hati' dengan hashtag buat kempen tahun ini #ramadanterbaik untuk mengajak lebih ramai orang berzakat lagi. 






Buat makluman korang Zakat Fitrah sebanyak RM7.00 bagi tahun ini boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP tau. Antara kaunter yang boleh korang pergi ialah Dataran Shamelin Perkasa iaitu HQ PPZ MAIWP, Plaza Rah Kampung Baru, Masjid NEgara, KLSC Wangsa Maju, UTC KL Pudu Sentral, Presint 9 Putrajaya, Presint 15 Diplomatik Putrajaya, Masjid Al-Imam Al Ghazali Kepong, Anjung NIaga Masjid At Taqwa TTDI, Masjid Abdul Rahman Bin Auf Jalan Puchong dan akhir sekali Labuan Times Square. Sebelas (11) kaunter zakat PPZ-MAIWP ini dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 8.15 pagi sehingga jam 4.30 petang. Kalau rasa tiada masa, boleh lah ke portal mereka www.zakat.com.my dan di situ ada kalkulator zakat pendapatan tau. Dan selepas kira korang boleh terus membayar zakat mengunakan kaedah FPX terus.




Bagi yang suka mengunakan perbankan internet juga, PPZ- MAIWP telah melantik 14 bank sebagai agen bagi memudahkan pembayaran zakat.   

Bagi Skim Thohir yang pernah kolin kongsikan sebelum ini, iaitu skim potongan gaji secara bulanan ini boleh korang dapatkan borang di portal mahupun di kaunter. Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP iaitu Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, ada 6 kaedah sebenarnya diperkenalkan bagi memudahkan pembayar zakat. Lagi 2 kaedah adalah Autodebit Maybank dan bayaran zakat menerusi MYEG.



Selain itu kolin suka la nak berkongsi dengan korang semua pasal 11 perkhidmatan istimewa di PPZ-MAIWP ini. Antaranya ialah:

1. Taksiran zakat
2. Khidmat nasihat berkaitan zakat
3. Mesin timbangan emas bagi kiraan zakat emas
4. Pengiraan zakat secara manual bagi membolehkan pembayar melihat sendiri pengiraan zakat mereka. 
5. Pembayar zakat boleh menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran
6. Pembayar boleh mendapatkan salinan pembayaran yang telah dibuat
7. Mesin mengira wang bagi membolehkan pengiraan wang dilakukan dengan telus 
8. Pembayaran zakat boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit kad kredit perbankan islam. 

Untuk yang membayar di kaunter pelbagai cenderahati istimewa akan diberikan. Dan lagi manis ianya adalah produk yang dihasilkan oleh golongan asnaf. Bagi maklumat lanjut sila lah hubungi Talian Zakat PPZ-MAIWP 1300 88 5757 okay. 

Akhir kata, korang semua marilah berzakat. Rebutlah keberkatan berzakat di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Jangan lupa membayar zakat anda di agensi yang betul mcm PPZ-MAIWP. Bila korang berzakat di saluran yang betul, segala zakat akan sampai kepada asnaf yang layak tau. Berzakat di tempat yang betul dan bertauliah lebih baik ye. 

Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai yang terbaik dan semoga kita semua berubah menjadi muslim yang baik dengan melaksanakan rukun islam kita. Jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan korang dan #ramadanterbaik supaya kebaikan berzakat ini dapat disebarkan kepada seluruh masyarakat ye. Selamat berpuasa semua pembaca blog kolin.

Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKATlah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya, jika semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN adalah pembersihnya.


“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkahi dibulan yang penuh mahrifah ini amin.

Mohon dimaafkan segala kesalahan-kesalahan saya, Marhaban Ya Ramadhan.Selamat menjalankan ibadah puasa.




Salam sayang,

Kolin Zainal 

4 comments:

  1. Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam! Semoga Ramadhan Kali Ini Memberikan Seribu Satu Keberkatan Buat Kita Semua..

    Jangan dilupakan zakat ya!

    ReplyDelete
  2. Berzakat di bln Ramadan, besar ganjaran dari biasa 😉

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang cukup bermanfaat.
    Sekiranya sudah cukup syarat-syarat wajib zakat, ayuhlah kita sama-sama sucikan hati dan harta di bulan ibadah ini.

    ReplyDelete
  4. Amalan berzakat adalah amalan yang sangat mulia tambahan dibulan ramadan dimana rezeki dapat dikongsi bersama. Dapatkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

    ReplyDelete

loving me..loving you