Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Memperkenalkan Skuad Selebriti Shopee yang terbaru

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haii..korang...Kali ini kolin nak berkongsi dengan korang semua, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan ini telah melancarkan satu lagi inisiatif iaitu Skuad Selebriti  yang membolehkan kita semua membeli barangan selebriti kesayangan di atas talian sahaja. Kiranya kalau korang nak membeli apa sahaja barangan selebriti tempatan boleh terus beli di online atau muat turun sahaja aplikasi mereka tau. Senang dan mudah. 


MAKAN: Berbuka puasa di Shah's Village Hotel, Petaling Jaya

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Walaupun dah 12 Ramadan, kolin percaya korang masih tercari-cari tempat nak lepak berbuka puasa dengan keluarga dan kawan-kawan, betul tak? Kolin berbesar hati nak kongsi dengan korang, tempat buka puasa yang terletak di Lorong Sultan, Petaling Jaya tau. Iaitu SHAH'S VILLAGE HOTEL yang berdekatan dengan Amcorp Mall tu. Buat yang tidak tahu, hotel ini adalah antara hotel yang terawal dibuka di Petaling Jaya tau. Pelbagai sejarah dan butik hotel ini adalah antara yang paling lawa tamannya kalau kolin tengok. Siapa rindu bali, suka hiasan taman ala-ala bali tu. Jemputlah ke sini dan sebelum berbuka boleh lah korang pergi photoshoot di taman dan kolam renang yang terletak bersebelahan dengan restoran untuk berbuka puasa. 




Kelantan Trip Part 7: Hari Terakhir di bumi Kota Bharu, Kelantan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sorrry.....kolin lupa nak update last episod pengembaraan kami di Kota Bharu Kelantan. Disebabkan banyak sangat tugasan lelain tu, terlupa terus. Tapi jom kita refresh balik semua cerita pasal Kelantan Trip yang kolin update sebelum ini okay. Dah pun hari last menginap di Holiday Villa Kota Bharu. Bilik mereka pun kolin belum up post review kan. Soon okay !! Bukan apa kita suka bagitahu apa yang ada dalam bilik, supaya kawan-kawan lain yang nak menginap di sini tau lah sedikit sebanyak informasi kan. Ini lah breakfast hari kedua kolin di sini. Simple tapi sedap



Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan terakhir Part 6. Mana yang terlupa dan tak baca lagi, dijemput sangat baca ye. Jangan tak baca rugi laa kan. Sebab kolin ada share pelbagai tempat menarik dan paling penting, tempat makan sedap mengigau tu. 


Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Selamat hari ibu buat semua pembaca blog yang bergelar ibu ya. Kolin dan keluarga tidak lah beriya-iya menyambut hari ibu. Tak ada lah hadiah mahal-mahal atau apa pun. Tapi selalu mereka memang 'manis' sampai rasa kena minum ayaq banyak-banyak laaa. Tengah sibuk masak-masak beberapa hari sebelum puasa tu, hubby dan anak-anak belikan kek untuk hari ibu. Alahai...terima kasih laa sudi menghargai mami kan. Hari-hari memang hari ibu, tapi apa salahnya beli kek sedap dan makan ramai-ramai kan. Syukur ! Kita terapkan nilai murni, supaya anak-anak lebih sensitif kan. Asalkan dia ucap dan peluk pun dah cukup bahagia.


HOTEL: Review Deluxe Room, Tower 2, First World Hotel, Genting Highland

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Buat korang yang ada plan nak short getaway ke Genting Highland nanti, kolin nak share dengan korang apa mengenai bilik penginapan kolin satu malam di Deluxe Room, Tower 2, First World Hotel, Genting Highland.  Selalu kalau kolin booking dapat Tower 1 tau, yang betul-betul dekat dengan kaunter daftar masuk tu. Tapi kali ini kolin perlu berjalan kaki sehingga ke hujung, agak menarik lah reception bawah tu. Macam baru renovasi dan tampil sangat cantik dengan dekorasi moden. Inilah penginapan kolin untuk satu malam di Genting Highland. Inilah nombor bilik penginapan untuk kami berdua malam tu.


MAKAN: Makan Nasi Daun Pisang di "Curries N Claws" di Citta Mall PJ

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haii korang, puasa dah pun masuk hari kelima. Dan hari ini kolin ingin berkongsi dengan korang tempat makan baru yang kolin rasa patut kongsi. Inilah dia Curries n Claws yang terletak di Citta Mall Petaling Jaya. Lokasi senang dan tak padat pun, korang boleh terus ke arah Subang Airport lama dan pasti nampak Citta Mall ini. Aras G sahaja, boleh parking depan kedai pun. Kenapa kolin kata lain dari yang lain, sebab makan nasi atas daun pisang !!! Nasi, 3 jenis sayuran iaitu (green, starch, fried), kari, salted deep chili, pickles dan rassam dihidangkan sekali pada harga RM10.90 sahaja !! Murah, sedap dan pastinya memberikan pengalaman yang lain buat korang yang belum pernah makan nasi daun pisang. Selalu masyarakat India sahaja kan makan atas daun pisang. Kini dah semua rakyat Malaysia boleh cuba, berbilang kaum atau bangsa. Korang kalau macam kolin belum pernah, sila pergi okay. Kalau sebelum ini tak tahu nak makan kata mana, ini yang kolin kongsi dengan korang ini.




MAKAN: Jom Iftar di Funtasia Hotel Bangi-Putrajaya


Assalammualaikum dan sejahtera

Macam tahun lepas juga, Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya tidak pernah mengecewakan. Dengan promosi kali ini JOM IFTAR yang bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018 sudah pasti memberikan korang satu lagi pilihan kan. Harga sebenar RM120 nett dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak, akan tetapi sekarang ada promosi RM90 nett untuk dewasa dan RM45 nett untuk kanak-kanak. Apa yang korang boleh buat call mereka di talian 03-8210 2222 atau terus emeil sahaja tempahan korang ke fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com




KONGSI: 'Ramadan Dinanti, Zakat Dihati' dari Pusat Pungutan Zakat - MAIWP

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haii korang, bersempena esok kita semua yang bakal menjalani ibadah puasa bagi tahun 2018 atau 1439H, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah satu agensi yang bertanggungjawab untuk mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala pihak Baitulmal - MAIWP adalah satu lagi agensi yang mengagihkan zakat. Hari ini kolin berbesar hati dapat turut serta dalam sidang akhbar yang diadakan di Wisma PPZ yang terletak di Dataran Shamelin, Kuala Lumpur. Buat korang yang rasa susah sangat nak bayar zakat tu, mudah sangat lah, korang klik sini www.zakat.com.my segala cara pembayaran dinyatakan tau. Ada pelbagai jenis zakat buat korang ketahui iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, Zakat Saham dan Qadha Zakat. Dan pada kali ini, kita fokus kepada tema menyambut ramadan kali ini ialah "Ramadan Dinanti, Zakat Di Hati' dengan hashtag buat kempen tahun ini #ramadanterbaik untuk mengajak lebih ramai orang berzakat lagi. 





KONGSI: 123MAMANET salur bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal bersempena Ramadhan



assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertuahnya kolin dapat bersama-sama dalam projek amal yang disertai oleh Media Portal Online iaitu www.123mamanet.com
Majalah Harian Wanita



MAKAN : Berbuka puasa ditemani deruan air sungai di BBQ LAMB KL Kemensah

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Apa yang kolin nak kongsikan kali ini memang menarik giler. Giler tak menarik weii ..korang boleh makan malam atau berbuka puasa nanti ditemani oleh deruan air sungai Kemensah dan jua bunyi-bunyian unggas kecil di dalam hutan. Bukan lah hutan sangat pun, tapi memang mendamaikan lah. Buat warga KL mesti korang dah jemu nak berbuka di hotel atau restoran mewah kan, boleh lah beralih selera kat sini pula. Buat yang tahu, kali ini kolin review 
BBQ LAMB KL KEMENSAH yang terletak di Taman Melawati betul-betul di lokasi Zoo Negara tu. Nak senang waze aje tau. Jumpa ini dah boleh parking terus tau. 




REVIEW: InnerShine Pati Prun Formulasi Baharu Tinggi Dengan Vitamin E, Tampil Jelita Dari Dalam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kali ini kolin nak berkongsi dengan korang semua macam mana nak tampil jelita di pagi Aidilfitri. Kecantikan seseorang bermula dari dalam, kalau jaga dalaman, sure dari luar kita dah nampak jelita bukan. Oleh sebab itu kolin mengambil keputusan untuk cuba amalkan InnerShine yang terbaru ini. InnerShine Pati Prun Formulasi Baharu Tinggi Dengan Vitamin E yang bermanafaat untuk tubuh badan, kecantikan dan seri wajah dari dalam. Itu dia, nak naik seri senang aje sekarang. Yang pasti korang hanya perlu amalkan sebotol sehari sebelum tidur atau di waktu awal pagi. Ianya produk berasaskan buah-buahan tau dan paling sesuai untuk vegetarian. Tinggi dengan serat, tinggi dengan Vitamin E dan ianya semulajadi. Ianya juga berupaya membantu sel-sel kulit yang telah pun rosak akibat radikal dari dalam. Sesiapa yang ada masalah perut tu, atau lebih tepat susah membuang tu, pun sesuai untuk minum InnerShine yang terbaru ini. 


EVENT: Romantic Raya Collection 2018 dari Butik NovemberMate

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bahang Hari Raya Aidilfitri dan terasa kan, walau pun kita belum lagi nak berpuasa. Mungkin bahang tu lebih kepada mak-mak, kakak-kakak atau lebih tepat bahang tu kat kolin ni lah. Awal-awal dah mencari baju atau fesyen apa yang nak digayakan masa beraya nanti. Tidak melepaskan peluang, memenuhi undangan dari November Mate, lokasi mereka di 1-11-02 Bangi Sentral, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Tahun ini bertemakan 'Romantic Raya Collection 2018' menampilkan pelbagai koleksi warna pastel dengan hiasan bunga-bunga kecil sebagai pemanis busana mereka. 

 kaki shopping berkumpul dan berpadu tenaga
Semua kaki shopping dah berkumpul sekali dengan founder yang pakai tudung kelabu sebelah kolin tu, namanya Cik Intan. Inilah orang yang bertanggungjawab memastikan kejayaan butik NovemberMate ini tau. Korang kalau datang sini tenang aje nak shopping, sebab hiasan di sini cantik-cantik. 

MAKAN: Jom berbuka puasa di Concorde Hotel, Shah Alam - 'The Best of Kota Anggerik'

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Shah Alam memang dikenali dengan Kota Anggerik. Dan tahun ini ramadhan buffet dari Concorde Hotel Shah Alam mengambil tema tersebut dan menyediakan pelbagai juadah hebat yang ada di Shah Alam. Kiranya kalau korang nak makan Nasi Kandar Seksyen Sembilan, nak makan belanga di Sekyen 6 tak perlu susah payah. Datang sahaja berbuka puasa di Concorde Hotel Shah Alam segalanya ada. Terima kasih buat Chef Along dan team yang bersungguh-sungguh menyediakan semua hidangan lazat ini. 


TRAVEL: Penginapan satu malam di The Jerai Hills Resort, Gunung Jerai Kedah


Assalammualaikum dan salam sejahtera

kalau hari tu kolin share pasal lokasi Gunung Jerai kan. Link sini
https://alialisakreatif.blogspot.my/2018/05/travel-gunung-jerai-yan-kedah-destinasi.html#more
Jemput baca ye...selain makan aje kerja kolin, kolin pun pergi berjalan ye, tahi lalat ada 3 di kaki hahahah. Bukan apa kolin suka share tempat atau hotel yang pernah kolin menginap bersama keluarga. Semoga hotel atau resort yang kolin share kali ini memberikan korang informasi yang dicari ye. Kali ini kita tidur satu malam di Puncak Gunung Jerai, Kedah Darul Aman. 

kolin nak kongsi dengan korang semua penginapan kami satu malam kat The Jerai Hills Resort. Masa tu ada promosi tau, semua jenis bilik yang ditempah harga sama RM288. Jadinya kami yang berempat diberikan bilik yang mempunyai 3 katil super single. Cukup selesa, tapi agak sempit sedikit lah nak mencari ruangan nak bersolat. Yang lelain semuanya okay aje. 


REVIEW: Makan Malam di A & J Burger Grill & Western di Sg. Buloh

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Cuti hari pekerja yang lalu, kolin sekeluarga memang tak tahu nak makan apa malam tu. Tapi hubby ajak ronda-ronda sebelah Sg. Buloh sebab dia kata area situ banyak kedai makan. And memang banyak lah rupanya...ada kedai tomyam, western dan pelbagai lagi. Tapi kedai yang ini kolin rasa dah ramai orang makan dan review kut. Tapi buat kolin inilah pertama kali kolin sampai ke sini. Sejak buat food review ini memang suka cuba kedai-kedai baru hahaha. Tapi yang ini review ikhlas tau, tidak berbayar. Buat korang yang berdekatan atau jauh, yang masih belum cuba boleh lah datang ke
A & J Burger Grill & Western 


KONGSI: Menang hadiah bernilai RM1.5 juta di Sepanjang Kempen Cahaya Raya Shopee

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan ramadan bakal menjelang dan raya pun bakal menyusul. Dengan itu, platform e-dagang terkemuka di Malaysia iaitu Shopee turut tidak melepaskan peluang melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 Juta termasuk sebuah rumah impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah dalam permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa. Kempen ini berlangsung dari 3 Mei sehingga 17 Jun 2018 bakal membariskan pelbagai tawaran ekseklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90 % tau. 


TRAVEL: Gunung Jerai, Yan Kedah - Destinasi tersembunyi, tak pergi rugi !!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Perjalanan kami sekeluarga kali ini ke Utara adalah tidak dirancang. Nanti hujung-hujung cerita kolin beritahu kenapa ya. Disebabkan tidak dirancang, maka kami yang keletihan ini pun mencari tempat penginapan hendak melepaskan lelah memandu sepanjang pagi tu. Suami kolin orang Yan, Kedah, jadi dalam perjalanan hendak pulang ke kampung tu kami lalu lah kawasan Gunung Jerai. Disebabkan masih awal, dalam jam 3.00 petang tu, suami ajak naik Gunung Jerai. Dia sendiri buka pintu rumah kampung, hari-hari tengok Gunung Jerai tapi tak pernah naik pun katanya. Merealisasikan impian dia dan demi aku yang memang kuat merayap ini memang naik lah jawabnya. Nak naik, kereta kena tip top ya..pastikan kondisi bagus. Sebab jalannya mendaki sahaja dan memang selekoh tajam. Tapi kalau korang tak mahu drive, korang naik sahaja van yang disediakan. Tak silap kolin RM10 untuk seorang penumpang. Bayar sahaja dan mereka akan bawa korang naik ke atas dengan selamat okay. Lebih kurang 10-12km juga lah nak naik atas Gunung Jerai ini, itu sampai resort aje tau. Bukan puncak Gunung ye..jauh lagi perjalanan nak ke puncak tu.