Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: EUCERIN PROACNE SOLUTION A.I. - KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA 2 MINGGU

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Holla...Ada Jerawat tak !!! Siapa sahajalah yang suka jerawat kan. Tapi itulah dia masalah kulit yang biasa kita hadapi. Kalau dah tumbuh jerawat ni, mulalah nak picit. Dan akibatnya makin teruk dan meninggal kesan hodoh kat kulit muka. Kolin bukan ngata korang pun, kolin mengata diri sendiri ni. Sebab kolin memang mengalami masalah muka berjerawat teruk ini. Dan kalau tersalah cuba produk pulak, kulit kering dan mulalah masalah lain pulak timbul kan. Eucerin, salah satu jenama derma-kosmetik yang terkenal di seluruh dunia ini, telah menghasilkan satu produk terbaru yang membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.  



Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan liang pori yang tersumbat, mengurangkan dan jua menghalang kemunculan semula jerawat dan tak lupa mengekalkan kelembapan kulit jua. So korang jangan takut lah produk ini mengeringkan kulit. Sebab ini dah di uji tau.

Formulasi dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, produk ini dapat mengurangkan jerawat komedon dalam masa du =a minggu tau. Jerawat komedon itu macam bintik hitam, bintik putih, dan bintik kecil (papul ) yang kebiasaanya terdapat di dahi atau dagu seseorang yang mengalami masalah jerawat. Formula yang mengawal kerengsaan kulit untuk lebih sihat dan licin ini terdiri daripada:

* Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone ) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. Acnes dan menanggalkan kulit mati.

* Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah 

*Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit yang melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Nampak tak!! Rajin membaca korang. Kita kena tahu bahan yang kita gunakan pada kulit muka. Jangan lah ada merkuri yang merbahaya tu kita sapu jugak. Nanti penyakit lain datang tau. Eucerin ini memang produk yang terpelihara dan terkenal dengan ujian terbaik sebelum dipasarkan. Kena lah dengan harganya kan. 


Disebabkan semua ini lah, kolin mengambil cabaran ini. Kulit berjerawat sihat dalam masa 2 minggu tau. Bukan lah suka-suka nak join pun. Tapi yang bestnya untuk korang yang nak mencuba pelembap terbaru untuk kulit berjerawat ini dalam "Cabaran Bebas - Jerawat Eucerin 14 hari melalui dua langkah mudah. 

1. Ambil gambar kulit anda pada hari pertama dan hari ke 14 selepas pengunaan.

2. Poskan gambar sebelum dan selepas korang. Jangan lupa kongsikan pengalaman  dengan mengunakan produk ini di laman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE okay.  

Buat macam kolin ini okay !! Kedua-dua gambar ini memang lepas cuci muka, tanpa sebarang krim atau mekap. Nampak tak berubah banyak. Yang gambar before tu, masa tu baru balik dari Kelantan 5 Mac 2018, dan gambar after pada 28 Mac 2018. Lebih dua minggu dan hasilnya memang best. Menolong mengecutkan jerawat dan muka pun tak lah nampak berbelak atau tona tak sekata tu hilang !

Muka kolin nampak lembab kan. Pori pori pun dah mengecil tau.



Buat pemenang yang join contest ini, bakal membawa pulang hadiah utama iaitu produk Eucerin bernilai RM5,000, tempat kedua produk Eucerin bernilai RM2000. Bagi 5 pemenang bertuah pula bakal membawa pulang produk yang bernilai RM1000 setiap seorang. Cuba nasib oii..kulit sihat dan bersih, hadiah pun dapat jugak kan. Kolin cuba nasib gak ini, mana tahu menang kan...

Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment adalah sebahagian dari produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE tau. Ada pelembap, pencuci muka, skrub, serum dan pelembap siang juga. Buat korang yang nak tahu lebih lanjut boleh log in ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY untuk tengok pelbagai produk mereka ni. Harga produk yang kolin guna ini RM62 sahaja. Korang boleh lah ke farmasi terdekat dan dapatkan sendiri ye. Kulit tambah elok dan sihat adalah impian semua orang, termasuklah kolin. Dengan pertambahan usia dan pencemaran sekeliling membuatkan kita ni yang perempuan lebih nak menjaga kan. Terima kasih Eucerin Malaysia kerana memberi peluang kepada kolin menyertai cabaran 14 hari ini. 






Love,

Kolin Zainal 

4 comments:

  1. teh ais madu tu...nk2 cuaca tgh panas....dpt air tu dapnye....udang tu beso...aku pn kalo cuti2 jrg p time peak sbb sesak & hotel pn mhl

    ReplyDelete
    Replies
    1. teh ais tu mmg sedap sangat kan. Yess..kat mana-mana pun time cuti or peak day jangan lah pergi. RUGI

      Delete
  2. Perghhhh menu dia... Harga dia berapa ek?

    Memang tak suka bercuti time tengah cuti sekolah... Stress je

    ReplyDelete

loving me..loving you