Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SHOPEE dan HONOR berkerjasama bagi pelancaran eksklusif honor 9 Lite

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

Hari ni kolin nak berkongsi dengan korang semua yang Shopee telah pun menandatangai usahasama rasmi dengan Honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang bakal dijual secara eksklusif di platform membelah belah atas talian SHOPEE tau. Usahasama hebat ini bakal memberi manafaat kepada lebih 9 juta penguna shopee di Malaysia termasuk lah kolin kaki shopping hihih. Telefon pintar 4 kamera ini akan diberikan tawaran harga istimewa iaitu RM699 sahaja (harga pasaran RM749 korang oii). Jadi kalau siapa yang nak harga meletops tu kena lah beli online sahaja pada masa terhad pada 9 Mac 2018. Honor merupakan jenama baharu yang menyertai Shopee Mall. 



Kenapa korang boleh mempertimbangkan Honor 9 Lite ini sebab dia ada kamera dua lensa 13mp+2mp di bahagian depan dan juga belakang. Jadinya memang gambar yang menarik dapat dihasilkandengan kesan 'bokeh' setaraf perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi pengemar yang suka selfie atau swafoto. Direka dengan ciri-ciri cantik dan praktikal, Honor 9 Lite mempunyai skrin paparan 'beze' FullView HD dan kemasan rekaan mewah. Iaya boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan juga Glacier Gray tau. 



Bagi meraikan pelancaran yang sungguh bermakna ini, pihak Shopee menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 sehingga 31 Mac bagi memberi peluang kepada semua yang mahu memenangi telefon pintar honor ini. Korang hanya perlu muatnaik satu swafoto bersama rakan baik korang di IG dan letakkan caption menarik korang kenapa korang dan rakan baik korang best kan. Alah macam biasa caption nak menang, lepas tu jangan lupa tag @shopee_my  dengan #ShopeeXHonor. Dua pemenang bertuah bakal memenangi telefon honor 9 lite ini. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu dari 7 sehingga 9 Mac, penguna Shopee boleh bermain permainan 'Facebook Live' untuk membuka kunci 'Code of Honor' yang menawakan hadiah berupa sebuah honor 9 lite setiap hari. Bagi 150 pembeli pertama juga akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybeline New York, peneraju dalam industri kosmetik global yang bernialai RM50. Bagi yang suka mekap-mekap macam kolin, nantikan kejutan daripada jenama No. 1 Malaysia nanti okay...ada kerjasama dengan honor iaitu pada sambutan 'Hari Honor' nanti. Buat korang yang nak maklumat lanjut silalah ke www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my. Bagi tawaran eksklusif sempena pelancaran ini, layari www.shopee.com.my/honormy.officialstore.  Buat sesiapa tengah pertimbangkan nak beli handphone baru, boleh lah tengok jenama ini. Mana tahu kena dengan bajet korang tu. Ada 2 kamera depan belakang tau, boleh posing-posing dengan fungsi 'bokeh' tu hihihi




Jom beli handphone baru, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. byk juga ekk review pasal honor ni.
    dari tak berkenan, jadi berkenan :)
    harga pun ok. murah. affordable kan...

    ReplyDelete

loving me..loving you