Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Part 5: Rapid Shooting & Melawat Kampung Orang Asli di Taman Negara Pahang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Sebelum meneruskan meh baca semua link kat bawah ye..

Kalau korang yang baca Part 4 tu, memang tahu lah kami sekeluarga memang lembik gila dah sebab hiking dari pagi ke lunch hour kan. Tapi aktiviti petang harus diteruskan. Berterus terang ini, kami memang tidur tengahari tu. Masa nak bangun dan pergi aktiviti ke boat rapid dan kampung orang asli memang kepenatan. Tapi kolin tetap kejut semua dan bersiap terus pergi. Rugi lah kan kalau tak pergi. Lagi satu, korang kalau ambil pakej macam kolin sekeluarga dah memang include in tau. Semua dah dalam program. Dan harus pergi..seronok giler weii..

Bermula dengan naik bot. Masa tu kami semua tenang aje, yang menyebabkan kami basah sebab pengendali bot kami bermain dengan arus sungai. Best laaa..haa lupa nak maklumkan petang tu memang dah confirm basah. So pihak resort dah suruh bersedia sebab korang yang buat aktiviti ini memang akan basah. So masa tu main-main aje laa...sekali bising-bising. Rupanya ada bot dari belakang mengejar kami dengan laju. Rupanya dia nak simbah air dekat kami hahahahhahah. Dua kali bot kami kena simbah tanpa balasan oiii...memang lemas habis. Tapi memang gelak mengekek sebab itu lah dia kenangan manis yang tak boleh dijual beli. Dan paling best kolin dapat 'create memories' dengan keluarga kolin!! Syukur masih diberikan kesempatan bersama kan. 


Masa ini kami main air ..memang dah kata confirm basah
nanti tengok video rapid shooting di channel Utube ya


 inilah dia kawasan kampung orang asli

 banyak kan bot mendarat. Sebab ramai pelancong datang time ni

Selepas itu kami terus di bawa ke kampung orang asli di sini. Ini memang tempat tinggal mereka tau. Bukan untuk tujuan pelancongan sahaja. Memang menetap di sini. Kat sini korang boleh tengok penempatan mereka, belajar menghidupkan api dan banyak yang korang boleh tengok pasal kehidupan mereka. Tapi janganlah pergi masuk rumah mereka, mereka ini pemalu. Dan satu lagi kalau ke sini boleh lah beli biskut dan gula-gula. Ajar anak-anak kita untuk berkongsi. Tapi jangan lah terasa kalau mereka ambil dan berlalu pergi. Sebab kaum orang asli ini memang pemalu, bukan kurang ajar. Dengan orang luar memang mereka sangat malu. Jadinya sempat juga lah anak dan suami kolin belajar menyumpit kat sini. Seronok juga habiskan masa berbual dengan remaja orang asli kat sini. Mereka masih tidak ke sekolah dan hidup macam nenek moyang mereka. Kagum kan...

 tekun tunggu penerangan dari Tok Batin


Inilah dia Tok Batin

Kami di arahkan duduk kat kerusi meja ini dan di ajar macam mana cara membuat sumpit. Pengalaman pertama buat kami sekeluarga melihat sendiri cara sumpit di hasilkan. Kalau korang nak tahu mereka mengunakan buluh yang khas tau. Bukan sembarangan, malah nak buat damak pun ada caranya. Memang sumpit adalah harta yang penting bagi seseorang. Malah bila ada yang meninggal dunia, sumpitnya akan diletakkan sekali di sisinya.

 
Selain di ajar cara membuat sumpit. Kami juga diberikan peluang melihat bagaimana api di hidupkan secara tradisional. Memang tengok tok batin buat senang aje weii...Nanti kolin upload video tok batin nyalakan api di Utube Channel Alialisakreatif ya. Memang sekejap. Tok batin ni peramah asyik laa senyum hahhaha


 
 Selepas tok batin tunjuk skill, Ali Imran dan hubby pun nak try jugak. Tapi bukan mudah weii..dedua gagal. Kena laju, kena kuat dan kena latihan banyak-banyak. Buat kena gelak aje dengan anak-anak orang asli kat sini hahahah



Dah tak boleh buat nyala api, kami pun test la skill nyumpit. 




korang nampak tak target dia tu kat jaring hijau tu. Ada satu teddy bear buruk dema gantung kat situ. Haaa..nyumpit laa banyak kali pun tak pe. Kolin tak ler cuba hahahhaha


Alisa pula mula agihkan biskut dan gula-gula yang dibawa kepada anak-anak perempuan kat sini. 



Buat yang nak beli sedikit cenderahati boleh lah beli sumpit yang dijual dan hasil kraftangan yang ada. Ala tak mahal pun gelang tu RM10 dan sumpit tu RM25. Siap damak sekali tau...murah aje. Selesai segala aktiviti kami balik dan bermain lah dengan air lagi. Petang tu kami sekeluarga seronok sangat. Mana yang membaca entri ini sila lah ke Taman Negara Pahang dan rasai sendiri pengalaman macam keluarga kami. Kolin yang dah balik ke realiti ni pun masih ingat kenangan kat sana. Cuma musim hujan ni janganlah pergi dulu. Tapi takpe, korang boleh sahaja call nombor yang kolin berikan dan tanya masa sesuai. 


 selfie ler satu..

Sempat juga bergambar dengan baby yang ada. Kat sini seawal umur 13 tahun dah berkahwin tau. Jangan lah terkejut kalau tengok cam budak lagi tapi dah dukung anak pun. Korang nampak ali imran kat belakang tu, cemburu ahahahhahahah.



Memang menarik sangat trip kali ini. Perkara yang sangat sukar kolin lepaskan walau dah sebulan dua trip ini berlalu. Kenangan kami untuk sekeluarga yang paling manis sekali. Dah balik dari kampung orang asli, bot kami sambung main air iaitu 'rapid shooting'. Seronok laa eh...korang kena pergi !!!


pertanyaan lanjut sila emel kepada nusa@tamannegara-nusaholiday.com.my atau call mereka di talian 09-2662369. Kalau nak tengok lebih info terus ke laman web mereka www.tamannegara-nusaholiday.com.my
 
Itulah akviti kami hari kedua mengembara ke Nusa Village Resort yang terletak di Kuala Tahan. Bila dah balik dari aktiviti tu, korang boleh lah lepak kat sungai mandi manda lagi. Alang-alang dah basah kan, kolin anak beranak memang lah berendam lagi. Seronok dapat menikmati air sungai yang bersih macam ini. Percayalah cakap kolin, sekali korang datang sini sure jatuh cinta. Sebab masih terpelihara semua yang ada di sini. 

Hari pun hampir senja, kami semua pulang ke Family Cottage untuk berehat. Dan malam tu kami dihidangkan makan malam yang disediakan oleh pihak resort. Best kan pakej mereka !! Segala siap sedia dah, tak perlu keluar duit pun. Dah la tak ada TV, line telefon pun takde. Memang family bonding betul kami semasa menginap kat sini. Percutian yang paling best semua tak jadi 'anti-sosial'. Kalau tidak kolin, suami dan anak-anak memang asyik laa pegang gadget tak sudah. Inilah dia tempat yang kita nak uji, takde internet dan tak boleh call orang. Malam melepak aje sambil borak-borak. 

Terima kasih membaca entri ini ye. Tunggu part 6 nanti ye. Hari terakhir kami mengembara di sini sebelum pulang ke Kuala Lumpur meneruskan kehidupan biasa kami. 

Love, 

Kolin Zainal 

4 comments:

  1. Tengok gaya memang Kolin dah family happy betul..bestnya kalau akak pun dapat pi bawak Dania...

    ReplyDelete
  2. Pengalaman yang menarik dengan mendekati orang Asli. Dahulu pernah terlibat aktiviti kemasyarakatan di perkampungan orang Asli di Gombak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..yang di gombak belum pernah pergi lagi. Tapi yang di taman negara ini memang manis betul pengalaman

      Delete

loving me..loving you