assalammualaikum dan salam sejahtera
Ronda-ronda media sosial dan jumpa gambar ni.
Ini lah kolin rasa setiap kali orang cakap. Sebenarnya orang tak tahu betapa gigih, berani dan
gila nak menyempurnakan hidup sendiri dan keluarga.
Yang tahu..kolin selalu terima ayat macam ni.....
"wah berjalan aje ko ye"
"makan sedap sahaja ko"
"relak nampak"
"tak de keja lah tu"
Siapa yang create quote kat bawah ini, kolin nak ucap terima kasih banyak-banyak.
Well said and so true.
Orang tak pernah tahu kita bertungkus lumus mengejar apa yang di impikan.
Orang tak tau apa halangan kolin tempuh untuk sampai tahap ini.
Nak buat luahan perasaan sikit heheheh
Begini ceritanya tau...Bukan senang nak senang tau.
Kolin bukan anak orang senang, abah meninggal umur 15 tahun.
Belajar kat UiTM tak ada mohon PTPTN pun.
Mama bagi RM100 sebulan, duit itu lah kolin cukupkan pakai. Dengan nak beli macam-macam.
Tahan aje tengok kawan-kawan mewah makan kat Cafe,
Kolin makan dekat dining hall aje, apa yang ada. Sedap atau kotor atau busuk
semua kolin tanggung. Hadap !!!
Belajar tingkatan 3 dan buat part time banquet di Hotel Hilton PJ. Sampai 2.00-3.00 pagi buat kerja.
Balik rumah, tido, esok sambung ke sekolah balik.
Tak ada siapa tau betapa kerja kerasnya kolin nak duduk di tempat kolin sekarang.
Setiap kali cuti semester, pergi kerja kat Petaling Street. Tempat gangster kolin masuk minta kerja.
Nak buat macam mana, yuran UiTM nak kena bayar setiap semester kan.
Buku...tak ada langsung !
Semua kolin pinjam kawan atau pun photostat sahaja.
Nak hidup dengan RM100 korang ingat senang.
Nak beli shampoo pun beli yang 30 sen tu aje tau.. punya nak jimat
Nak dijadikan cerita, orang last semester mak dan ayah datang ambil.
Penuh barang-barang dalam bonet kereta.
Kolin bawak semua naik bas. Mana tak boleh bawak tinggal laaa..
Sedekah...
Gagal satu paper semester ketiga, carry semua paper semester ke empat.
Tekad nak habiskan sebab tak mau extend semester.
Mama kolin sorang, anak 7 orang nak di bela...
tekad....nak grad on time tau.
Umur 21 dah mula kerja..dah beli kereta pertama kancil
Umur 25 beli rumah, tak nak duduk menyewa. Sebab kolin duduk setinggan, bukan tanah dan rumah sendiri. Tak nak menyewa dah, memang nak rumah sendiri. Arwah abah tak belikan rumah untuk kami, sebab dia pergi awal kan. So pepandai lah kami cari tempat berlindung selepas rumah terbakar pada 2002. Duduk dewan orang ramai berbulan, sampailah duduk rumah transit kat kota damansara.
Alhamdulilah sekarang mama ada rumah sendiri, kolin pun ada rumah sendiri.
Itu grad DiPloma dan kelam kabut cari keja.
Tengok kawan-kawan lanjut buat Degree, hati memang teringin.
Tapi tak ape lah kolin nak tolong mama dan keluarga.
Korbankan..hatta siapa yang tak nak belajar lebih tinggi kan.
Kolin bukan orang senang macam orang lain, mak pak support.
Sedar diri orang susah, peluang dah dapat buat DiPloma pun dah untung.
Semua ini memang kolin rancang. Semua diperkenankan..syukur
Alhamdulilah ada rumah, walaupun tak besar mana.
Alhamdulillah syukur sangat ada kereta walau tak semewah mana.
So buat korang yang tengok life kolin macam seronok dan senang ini. Bukan senang nak jadi senang !
Entri ini bukan nak minta simpati korang.
Inilah kehidupan kolin yang sebenarnya.
Anak yatim yang kerja kuat nak mengubah nasib keluarga.
Anak yatim yang satu ketika dahulu dicemuh di keji.
Bukan macam sekarang, anak-anak yatim dibela di perjuangkan nasibnya.
Percaya tak, mama kolin anak 7 orang...tiada bantuan pun
Berbekal gaji kerani mama kolin, kami adik beradik membesar.
Gaji kerani itu lah kami semua jadi orang.
So baca laaa ayat-ayat dalam gambar bawah ini.
Orang tak nampak...orang tak nampak
Hakikat itu lah realiti kehidupan.
Syukur sangat apa yang ada sekarang ini.
Kepada orang-orang yang selalu cakap kat orang lain macam ini. Berubah laa...
Korang tak tau life dia, tak tahu kesusahan dia. Sedih tau...
Love,
Kolin Zainal
alhamdulillah..ko dah berjaya skang...mak nampak nok sedikit sebanyak ape yang berlaku dalam hidup kau..am im proud of u cengkolin...chaiyok2
ReplyDelete