assalammualaikum dan salam sejahtera
Buat korang yang kat area KL nak berbuka puasa dengan harga berbaloi, boleh lah berbuka puasa di Nelayan Titiwangsa Gombak yang terletak di Lot 1183, Batu 8 3/4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Tempat yang luas dan selesa ini sesuai untuk kita hadir bersama keluarga.
Dengan harga RM35 nett cukup murah bagi kolin bagi restoran yang terletak di pinggir bandar ini.
Dedulu kolin selalu makan di Restoran Nelayan Terapung kat Tasik Titiwangsa tu. Tapi sekarang dah berpindah ke sini pula. Tapi elok juga, lagi selesa dan lawa sangat dekorasi kat sini.
Kalau tak silap kolin, ada dewan untuk penempahan sekali.
So siapa yang nak melangsungkan perkhawinan tu boleh lah usha dewan kat sini.
Seperti biasa, Nelayan Titiwangsa Gombak memang dengan signature mereka iaitu stimbot. Pelbagai jenis hidangan yang boleh korang pilih untuk makan. Tapi bukan setakat stimbot sekarang dah boleh grill juga.
Simple dan memang sedap. Sesekali berbuka kita tukar lah selera kan.
Ada udang, ketam, ayam dan juga daging yang telah diperap. Sos pencicah juga ada beberapa yang boleh korang semua cuba kat sini. Kalau tak berselera nak berbuka dengan stimbot dan grill. Jangan risau, Restoran Nelayan Titiwangsa Gombak juga ada menghidangkan nasi dan lauk pauk melayu untuk korang. Kiranya jangan takut lah kalau tak cukup kenyang makan stimbot tu.
Siap ada sambal belacan, tempoyak, ulam ulaman lagi tau.
Tinggal cedok dan letak dalam pinggan aje tau.
Kalau tak ada kambing golek tak sah kan. Kat sini pun ada. Kann kolin dah cakap dengan RM35 nett tu sangat berbaloi untuk makan berbuka puasa di sini. Tak jauh pun dan masih sempat lagi kalau nak plan berbuka di sini.
Selain makanan hidangan utama ini, kek dan buah-buahan pun ada juga. Salad pun ada.
Kiranya hidangan buffet di sini lengkap dan boleh lah sekeluarga enjoy berbuka kan.
Surau yang selesa pun ada juga.
Kepada korang yang nak berbuka kat sini boleh lah call no seperti di bawah ini.
Call cepat sebab setahu kolin restoran ini memang full setiap kali berbuka.
So jangan tunggu, sebab sure berbaloi giler.
Jangan tak cuba ya!!
Love,
Kolin Zainal
Kredit gambar kepada blogger yang baik hati
www.livelifelah.com
www.qasehsu.com
www.mamatisya.blogspot.com
www.afzalsukasuki.com
Kredit gambar kepada blogger yang baik hati
www.livelifelah.com
www.qasehsu.com
www.mamatisya.blogspot.com
www.afzalsukasuki.com
sedap sedapnya kolin kat sini..
ReplyDelete