Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Tambah saham bukan kurang saham ~

assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah main saham ker kolin sekarang? hihihihi
Bukan ler main saham korang, tapi ini kan bulan mulia, bulan ramadhan. Saham yang kolin maksudkan kali ini adalah PAHALA. Ha...sure nak tambah saham pahala kan. Siapa tak nak rugi tau.

Baru-baru ini kolin dapat belajar satu istilah baru iaitu Tabayyun. Sebenarnya tak pernah dengar pun istilah ini sampailah satu sahabat menyebut. Perasan atau tidak, Tabayyun ini sudah mula di kempenkan di dalam media sosial. Apa yang kolin faham dengan Tabayyun ialah sebelum sebar, siasat atau semak dahulu. 
Maknanya, kalau kita dapat sesuatu informasi atau gambar melalui media sosial, tangan tu janganlah duk gatal terus nak share. Takut-takut yang kita share tu tak betul. Kalau tak betul dah kurang saham, betul tak?
Kurang saham, kurang lah pahala...adeii..rugi

 Ini sebagai contoh, ilustrasi comel mengunakan bahasa Indonesia ini simple dah mudah. Bukan nak cakap kolin tak pernah. Pernah juga ter 'share' dulu, tapi sekarang dah belajar hahahha
Sekarang nak share kena semak dan siasat dahulu ok. Kita 'Tabayyun' dahulu ok.

Sama juga lah kalau kita dengar ada orang susah di dalam taman atau kawasan flat kita. Selama ini dengar dia selalu tak cukup beras kat rumah, sebagai contoh. Apa kata kita pergi tengok dahulu, apa bantuan yang diperlukan. Kolin sangat setuju konsep macam ini. Bukan apa, kekadang bila orang bercerita ini banyak 'perisa tambahan'. Patut jadi gulai daging, terus jadi gulai ikan punya nak sedap bercerita kan.

Mungkin kita sendiri boleh turun padang dan tengok ada ke insan yang memerlukan bantuan. Kena faham, kadang-kadang orang susah ini diam sahaja sebab tak nak menyusahkan orang lain. Masyarakat sekeliling kena lah prihatin sedikit. Kolin rasa lah kan, siapa lah yang nak hidup susah kan. Kalau boleh semua orang kat dunia ini nak hidup selesa dan senang. 

Untuk golongan seperti ini pula, ada agensi yang mampu membantu mereka jua. Malaysia beruntung kerana ada Pusat Pungutan Zakat bagi setiap negeri di Malaysia. Bersyukur dengan cara begini dapat juga kita membantu saudara yang dalam kesusahan kan. Yang pentingkan kita jalankan salah satu dari rukun Islam.

Rukun Islam yang ke 3 ini dipermudahkan dengan adanya agensi yang mengutip dan mengagihkan zakat. 
Kat sini kolin semangat sangat nak senaraikan semuanya bagi rujukan korang. 
Listing pusat zakat satu Malaysia. 

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ)

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) – Kutipan zakat.
Website : http://www.zakat.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/myzakat

Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan – Agihan Zakat.
Website : http://www.maiwp.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/maiwp.hq

Lembaga Zakat Selangor – Kutipan dan Agihan Zakat.

Bahagian Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor:
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5522 7700 Fax: 03-5522 7722
Talian Zakat Selangor : 1-800-88-5353

Pusat Kutipan Zakat Pahang-MAIP

Pusat Kutipan Zakat Pahang-MAIP – Kutipan Zakat.
Website : http://www.zakatpahang.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatpahang

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang – Agihan Zakat
Website : http://www.muip.gov.my/v3/

Pusat Zakat Melaka

Pusat Zakat Melaka – Kutipan Zakat
Website : http://www.izakat.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pusatzakat.melaka

Majlis Agama Islam Melaka

Pusat Zakat Negeri Sembilan

Pusat Zakat Negeri Sembilan – Kutipan Zakat Sahaja.
Website : http://www.zakatns.com.my/ver4/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatns

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

Pusat Urus Zakat Pulau Pinang – Kutipan dan Agihan Zakat
Website : http://www.zakatpenang.com/zpp/
Facebook : https://www.facebook.com/pusaturus.zakatpenang

Jabatan Zakat Negeri Kedah

Jabatan Zakat Negeri Kedah – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : http://www.zakatkedah.com/

Pusat Zakat Sabah (MUIS)

Pusat Zakat Sabah (MUIS)
Website : http://www.zakat.sabah.gov.my/index.php?lang=en(kutip manakala agihan oleh Majlis Agama Islam Sabah)

Majlis Agama Islam Negeri Johor

Majlis Agama Islam Negeri Johor – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : http://www.maij.gov.my

Pusat Urusan Zakat Terengganu

Pusat Urusan Zakat Terengganu – Kutipan dan Agihan Zakat
Website : http://www.maidam.terengganu.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/maidampuz

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak Darul Ridzuan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak Darul Ridzuan – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : http://www.maiamp.gov.my/maiamp/maipk/index.php
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Zakat-Perak-MAIPk/1426992360871782

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website: http://www.e-maik.my/v2/index.php

Tabung Baitulmal Sarawak

Tabung Baitulmal Sarawak – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : https://www.tbs.org.my/www/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Tabung-Baitulmal-Sarawak/110233099029503

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : http://www.maips.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Majlis-Agama-Islam-dan-Adat-Istiadat-Melayu-Perlis-MAIPs/203294833048179


Macam kolin yang tinggal di Kuala Lumpur, pusat pungutan zakat ialah Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan atau dikenali sebagai PPZ Wilayah. Agensi ini lah selama ini yang telah banyak berbudi kerana mengumpulkan semua pembayaran zakat untuk diagihkan oleh pihak Baitulmal. Suatu tanggungjawab yang besar bagi kolin, bukan senang kan nak pikul. Tabik spring kepada mereka yang di bawah Agensi ini kerana melakukan kerja dengan baik. Bukan senang kan!!

Zakat ini ada pelbagai jenis tau. Macam nak raya ini zakat fitrah lah kan. Tak silap kita di Wilayah Persekutuan RM7 kan untuk zakat fitrah kali ini. 

Untuk bahagian kolin pula potongan gaji untuk setiap bulan untuk membayar zakat. 
This is part or my duty sebagai seorang Muslim.
So nak berzakat sekarang sangat mudah online pun ada juga tau tak perlu nak isi borang segala. 
Simple sangat sampai nak guna handphone canggih korang pun boleh.


Ni nampak tak payslip kolin tu. Siap potong gaji setiap bulan. Dah potong lega betul rasanya.
Korang macam mana dah berzakat ke? Kalau belum, korang boleh dah mula sekarang. Tak terlambat lagi pun. Bagi yang tinggal dan kerja di wilayah senang aje tau. Kaunter PPZ Wilayah banyak !!!

Kaunter PPZ Wilayah dibuka setiap hari dari Isnin sehinggalah Sabtu. Tapi UTCKL Pudu Sentral tu sampai jam 10 malam tau. Nak mudah lagi boleh call talian zakat 1 300 88 5757.
Mana yang nak tahu berita atau perkembangan terkini tentang PPZ Wilayah layari sahaja 

Nak lagi best tonton video mereka di www.youtube.com/ppztv
Pelbagai kisah, tauladan dan juga senario semasa di videokan. Sure korang tak tahu semua ini ada kan.
PPZ Wilayah ini ada menjalankan pelbagai usaha bagi memberi kesedaran semua yang layak mula berzakat. Percayalah setiap sen yang kita berikan untuk berzakat pasti ada kelebihannya. Jangan pula korang dah berzakat pergi soal lak, mana duit tu pergi. Pendek kata, orang yang bekerja di PPZ Wilayah tu pun takut kalau main duit zakat tau. 


So jangan cerita banyak, sebar cerita yang tak elok ok.
Mula berzakat dan jadikan Tabayyun sebagai salah satu cara hidup kita yang dibelenggu oleh 
media sosial tu. Semak, siasat ok !!! Bawak kebaikan kita share, tapi kalau tidak baik 
jangan sebarkan. Mana tau, jadi fitnah pulak kan.

So jangan lupa berzakat !!!!


Love,

Kolin Zainal






5 comments:

  1. Bagus konsep tabayyun ni. Dan info berkenaan zakat byk membantu.Jika dilihat jarang sekali posting berkenaan zakat di mana-mana media sosial.Dengan adanya maklumat sebegini,penerangan mengenai zakat boleh dijadikan rujukan dan panduan..thumbs up kolin zainal..

    ReplyDelete
  2. Selalu juga dengar perkataan tabayyun ni. Tapi tak tau pun maksud dia sebelum ni. Thanx kolin for this info..

    ReplyDelete
  3. bagus entri ni ada info tabayyun ..

    ReplyDelete
  4. bagus entri ni ada info tabayyun ..

    ReplyDelete
  5. Betul kak... harap lepas ni ramai memahami dan amalkan konsep tabayyun ;)

    ReplyDelete

loving me..loving you