Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Percutian singkat bersama keluarga di AnCasa Residense Port Dickson

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selesai berbuka di sini, kolin terus menginap kat sini.
Tak semesti bulan puasa kita tak boleh pergi holiday kan.
Sementara tu, nak refresh apa menu mereka bila berbuka boleh link bawah ini


Kolin dapat menginap di apartment dua bilik, Blok A di tingkat 8. Parking banyak juga, jangan risaulah bab parking. Bilik pun senang nak cari. Sebab semua tunjuk arah mereka jelas.

Inilah penginapan kami untuk malam ini. 

Bahagian ruang makan. Besar sungguh apartment dua bilik ini. 
Cukup selesa untuk keluarga kecil kolin. 


Tengok lah Alisa happy giler merasmikan ruang tamu. 
Dekorasi pun lawa sangat, warna putih dan merah tu. 






Luas kann....lapang sangat kan..
Balkoni apartment ini mengadap jalan dan boleh nampak laut juga. 
Seronok melepak kat sini. Sesekali puasa berholiday kan. Tukar angin.
Kalau kat rumah tak boleh nak berehat ada saja kerja nak buat. 

Ini pula ruang dapur, walaupun tak masak saja kolin nak kongsi. 



Siap ada pencuci pinggan mangkuk. Sesiapa datang sini tak perlu lah angkut. 
Bawa bekal dah boleh siap basuh kat sini.

Bilik air pula ada dua. Satu kat luar, satu dalam bilik. 



Bilik tidur pun ok sangat, dedua berhawa dingin.
Ada 4 katil super single dan siap lengkap dibekalkan tuala. 
Bersih dan wangi aje apartment kat Ancasa Residences Port Dickson.





Romantik aje lampu nya hahahhaa
Selesa dan sejuk, so malam ini kita boleh tidur dengan nyenyak dan cuba tengok apa ada untuk sahur. 
Lawa kan penginapan kolin malam ni, datang sini ok.


Best giler, bila pergi bercuti tak perlu fikir nak hidang sahur apa. Kalau nak tahu di sini 
dihidangkan secara buffet. Nak makan cereal ada nasi berlauk pun ada.









 Banyak kan pilihan makanan untuk bersahur. Kalau dah berbuka pun pelbagai pilihan. Apa lagi untuk bersahur. AnCasa Residences bertaraf 4 bintang ini ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jalan nak ke pantai pun dekat sahaja. Malah sebelah-sebelah dengan Telok Kemang. 

Untuk menginap sepanjang bulan puasa ini ada promosi. Korang boleh call 
06-662 7288 untuk penempahan tau. Tak silap kolin RM198 nett untuk apartment satu bilik siap berbuka dan sahur sekali. Haaaa....boleh lah cuba kan. 

Terima kasih AnCasa Residences kerana sudi menjemput kolin ke sini.
Selepas raya sure nak datang balik sebab nak try swimming pool di sini yang sangat cantik tu. 
Sementara itu layari www.ancasahotels.com untuk semua rangkaian penginapan yang ada. 
Pastinya ada satu yang korang suka kan. Selamat bercuti korang !!!


Love,

Kolin Zainal

5 comments:

  1. wahhh scroll tang makanan tu time tghari bulan puasa ni ujian sungguh kikiki >.< besttnye~

    ReplyDelete
  2. boleh la jadi tempat percutian tahunan geng katipo untuk tahun ni maybe?

    ReplyDelete
  3. huntunggggg la tido bagai kat PD..hahahahah...siap half day! :D

    ReplyDelete
  4. Saya teringin nak datang ke sini tapi masih belum berkesempatan lagi..saya akan jadikan blog kolin sbg rujukan saya nanti.

    ReplyDelete

loving me..loving you