Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Resipi kolin masak ketam telur masin !

assalammualaikum dan salam sejahtera

selalu ketam kolin memang goreng atau pun masak lemak cili api.
Kali ni nak share resipi sesuka hati kolin,

KETAM MASAK TELUR MASIN


Mula-mula pergi beli ketam ok. Kolin beli 2 ekor sahaja.
tapi ambil yang saiz besar..lagipun kami kan 4 beranak sahaja kan.

2 ekor ketam
2 biji telur masin (kalau suka macam kolin buh laa byk lagi hahah)
tepung jagung
serbuk lada sulah
garam
daun kari
susu cair
bawang putih, bawang merah, cili merah

Itu lah sahaja bahan-bahannya...

Caranya pula ya...simple sangat 

1. Mengunakan minyak yang banyak untuk mengoreng di panaskan.
2. Ketam yang telah bersih di gaulkan bersama tepung jagung, garam dan lada sulah tu.
3. Dah garing dan warna oren tanda dah masak, angkat dan ketepikan.
4. Gunakan sedikit minyak yang kita goreng tadi, tumis bawang merah, putih dan cili besar. Kalau nak pedas tumis aje cili padi atau cili kering tu. 
5. Masukkan telur masin yang telah direbus dan dihancurkan ke dalam kuali.
6. Masukkan susu cair ikut citarasa anda.
7. Dah mendidih, masuk kan semula ketam yang sudah di goreng dan gaul rata-rata.

Siap sudah !!! Boleh la jadi resipi buka puasa korang kan !!
Berkhasiat dan senang disediakan. Tak perlu pergi kedai memahal nak makan ketam telur masin.

Selamat mencuba ya korang..



Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you