assalammualaikum dan salam sejahtera
Selalu tengok kat luar negara sahaja kan ada Sky Box. Sekarang Malaysia dah ada jugak laaa
Kat KL Tower atau Menara Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah bandaraya.
Berdegup kencang laa masa tengok Sky Box tu !!!!
Macam tak percaya kan, selalu oversea aje. Sekarang kat sini pun dah ada beb.
Dengan bayaran RM75 untuk pemegang MyKad dan RM105 untuk bukan pemegang MyKad korang boleh naik ke Sky Deck, KL Tower untuk melihat 360 darjah pemandangan sekitar KL tau.
Dengan bayaran itu, dapat cuba Sky Box secara PERCUMA !!
Boleh lah posing macam kami ini. Haa...gayat atau tidak gayat masa ini lah nak uji tahap keberanian korang. Untuk tangkap gambar percuma sahaja dan posing lah korang nak berapa keping pun. Pakai handphone boleh, pakai kamera persendirian pun boleh.
Tarikan terbaru dari KL Tower atau Menara Kuala Lumpur ini dinamakan Sky Box akan memberi pengalaman unik kepada semua pelancong dalam dan luar negara.
Dengan korang dapat menikmati panorama sekitar bandaraya kuala lumpur dan seolah-olah berada terawang-awangan di udara!
Pada ketinggian 300 meter, ianya boleh memuatkan sehingga 6 oang iaitu dapat menampung berat sehingga 600kg dalam satu-satu masa. Haa boleh la wefie beramai-ramai kan.
Disebabkan aku ni penakut ya amat !!! Aku posing dah rupa keras kejung !!!
Haaa...tengok aku boleh statik kat situ tak mau bergerak pun hahahhaha
Takut laa wei....memang tak mau pose duduk atau baring laaa...
tak nak pandang bawah hahhahahhahahah
sila jangan kecam kolin yaa..korang pergi lah naik test tengok..melalak ke tidak hahahhah
Tengok sendiri bagaimana Sky Box ini menjulur keluar dari KL Tower tu.
Best kan!!! Pergi dan cuba ok !
Walaupun aku penakut..tapi kolin dah naik dah cuba.
Life is to short....hahhahahah
Kepada semua yang nak rasai pengalaman ini. Bergambar dan berposing berlatarkan menara KLCC dan pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Silalah ke KL Tower yang terletak dekat tengah-tengah bandar ini.
Jangan lupa tempah slot berbuka puasa dengan Menara Kuala Lumpur ok.
Untuk lebih info buka laman rasmi mereka di www.menarakl.com.my
atau ikuti mereka di Facebook dan Twitter.
Bermula dari 11 Jun sehingga 3 Julai 2016, KL Tower Ramadhan Buffet akan bermula dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam di Mega View Banquet Hall, KL Tower.
Pelbagai masakan kampung bakal dihidangkan yang pastinya membuka selera.
Dengan harga RM99++ untuk dewasa dan RM59++ untuk kanak-kanak. Tempah awal dan dapatkan Free Entrance Ticket untuk ke Sky Deck tu ok. Dapat lah korang cuba Sky Box ini juga.
Nak senang call sahaja 03-2020 5444 untuk sebarang pertanyaan ya.
Terima kasih Menara Kuala Lumpur sebab share dengan kolin pengalaman ini.
Pengalaman yang tidak akan kolin lupakan sebab aku takut giler dan jadi bahan hahahha
Terima kasih laa kawan-kawan blogger sebab bagi 'support' lah sangat ..
Padahal semua gelakkan kolin yang gigih jalan bertatih tatih atas tu hahahha
Terima kasih buat En. Effendy, jurugambar KL Tower. Tanpa dia semua gambar dalam blog kolin tak ada. Sebab memang sekeping pun aku tak tangkap gambar pakai handphone.
Mengigil dan berpeluh jah oiii hahahhahaha
So jumpa korang kat Sky Box KL Tower ok !!! Ada bran?!!
Love,
Kolin Zainal
bole tahan tgi...nmpk ketakutan di situ...aku gayat juga hehe
ReplyDeletegayat weiii....hahhaha
Delete